AFC sokong gantung Israel

AFC sokong gantung Israel

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memandang serius terhadap isu membabitkan peperangan apabila menyokong usul Persatuan Bolasepak Palestin yang mahukan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) menggantung Israel berikutan perang berterusan di Gaza.

Perkembangan itu dimaklumkan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John selepas kongres badan induk itu yang berlangsung di Bangkok, Khamis lalu.



“Bagi pihak AFC, kita memberi sokongan sepenuhnya kepada usul yang dibawa Persatuan Bolasepak Palestin semasa perjumpaan Kongres AFC yang diadakan pada 16 Mei.

“Kongres bersetuju dengan cadangan Presiden Fifa (Gianni Infantino) untuk menubuhkan satu jawatankuasa penyiasatan yang akan diberi tempoh masa dua bulan untuk menyiapkan laporan.

“Laporan itu akan dikemukakan kepada Majlis Fifa,” katanya.

Terdahulu, Presiden AFC, Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa menyatakan pihaknya akan membantu Persatuan Bolasepak Palestin dalam mencari penyelesaian berkaitan usul yang dikemukakan negara Asia Barat itu.



“AFC kuat kerana ahlinya dan apabila seseorang menderita, semua anggotanya yang lain akan terjejas,” kata Sheikh Salman kepada perwakilan.

“AFC berdiri bersama Palestin FA, dan kami menyertai mereka dalam mencari penyelesaian berkaitan bola sepak yang berkesan terhadap aduan yang dibangkitkan oleh Palestin FA dalam cadangan mereka.

“Adalah menjadi kewajipan kami untuk menyokong Palestin FA untuk penyelesaian yang pantas dan berkesan selaras dengan peraturan, peraturan dan statut AFC dan Fifa,” katanya.

Sebagai rekod, Israel pernah menjadi ahli gabungan AFC pada 1954 hingga 1974 namun mereka menyertai Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) pada 1992 dan menyertai beberapa pertandingan kelolaan konfederasi itu.



Ketika ini, Israel menghuni ranking ke-78 dunia. HM

AFC sokong gantung Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024



Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker