TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyindir pihak tertentu yang mengaitkan dirinya dengan insiden yang melanda negara ketika ini terutama membabitkan beberapa pemain bola sepak.

Perkara itu diluahkan Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman Instagram, hari ini.



Sebaliknya, Tunku Mahkota Ismail menolak sekeras-kerasnya insiden itu dan menyeru semua pihak untuk bersatu hati melawan sebarang bentuk keganasan.

“Akhyar (Rashid) kena samun, Faisal (Halim) kena (simbah) asid, Safiq (Rahim) kereta kena pecah, Siti Nur Masyitah kena langgar kereta, semalam seorang lelaki dari Bagan Serai Perak ditangkap dan jumpa bom di rumah semalam, Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng dan dua anggota polis ditembak.

“Semua ini kerja TMJ, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), polis dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia). Semua kes ini tiada kaitan dengan bola sepak, berlaku di luar kawasan stadium dan luar kawasan bola sepak.

“Tetapi mari kita beramai ramai buat solidariti “stop violence in football”. #InisemuasalahTMJ,” tulis Tunku Mahkota Ismail.



Terdahulu, pelbagai spekulasi dimainkan pihak tidak bertanggungjawab susulan insiden Akhyar yang beraksi bersama pasukan Terengganu FC (TFC) disamun dan dipukul.

Malah, spekulasi terus dimainkan selepas insiden malang menimpa Faisal yang mana pemain Selangor FC berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbah asid di pusat beli belah, 5 Mei lalu.

Insiden membabitkan pemain bola sepak menimpa Safiq pula apabila pemain JDT itu diserang dengan cermin keretanya dipecahkan individu tidak dikenali. BH

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024



Maaf ya pelakon bermasalah

#Blockout2024: Selebriti panas punggung



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker