Penoreh getah jadi jutawan
Penoreh getah jadi jutawan
KOTA BELUD: Bagai bulan jatuh ke riba. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan nasib seorang penoreh getah apabila kini bergelar jutawan selepas diumumkan pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP ke-99.
Hasil cabutan berkenaan, Johni Satur, 57, membawa pulang RM1 juta.
Johni berkata, dia membeli Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) pada tahun 2022 selepas disarankan anak lelakinya.
“Saya masih rasa seperti mimpi dapat menang RM1 juta. Malah saya lambat memberi respon ketika dihubungi pihak BSN minggu lalu kerana bimbang ia adalah suatu skim penipuan.
“Selepas beberapa kali diyakinkan, barulah saya percaya menjadi seorang pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP,” katanya ditemui di Kampung Lasau Minunsud pada Khamis.
Turut hadir menyampaikan hadiah kemenangan adalah Ketua Komunikasi Strategik BSN, Aizurra Mellissa Muzammil.
Bercerita mengenai latar belakangnya, Johni berkata, pendapatan diterima sebagai penoreh getah setiap bulan hanyalah RM500 sebulan dan jumlah itu pastinya tidak mencukupi bagi perbelanjaan keluarga.
Mengulas mengenai kemenangannya, bapa kepada lima cahaya mata berusia antara tujuh hingga 30 tahun itu merancang membina sebuah rumah baharu di tapak lain demi keselesaan keluarga.
Selain itu, Johni menyatakan wang dimenangi itu juga bakal digunakan untuk pendidikan anak-anak ekoran masih memilik dua lagi anak bersekolah Darjah Satu dan Tingkatan Enam.
Sementara itu, anak keduanya, Romexh Johni, 27, berkata dia meminta wang kemenangan itu disimpan dalam akaun BSN agar lebih selamat kerana bimbang bapanya menjadi mangsa penipuan.
“Awalnya saya tidak tahu tentang peraduan ini sehingga dimaklumkan di kaunter BSN.
“Kebetulan bapa saya juga memang salah seorang pelanggan yang menyimpan wang di BSN selama ini,” katanya yang juga graduan dalam bidang pelancongan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu. BH
Penoreh getah jadi jutawan
Baca Artikel Menarik:
- Kronologi serang Balai Polis Ulu Tiram, dua pelajar IPT turut ditahan
- Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ahli Jemaah Islamiyah
- Jangan cuba ganggu UiTM – Dr Akmal
- Doktor pun mengadu letih
- Ini jumlah diterima Ronaldo bagi setiap hantaran di Instagram
- Kulit kami gebu sebab laksa Sarawak – Sharifah Zarina
- Ambil nyawa sayalah – Dr Akmal (Video)
- Polis mula siasatan resit pesanan persenda Islam
- Kedah tak dipaksa pun jadi miskin
- Ibu bapa sediakan 10 gelang emas sebagai hadiah Hari Guru
- Status anak Halim Othman, ini kata JPN
- Terpaksa layan nafsu 35 lelaki sehari
- Sejarah hitam bakal suami Ayu Ting Ting
- Solat 17 rakaat sehari – 3,750 gerakan sebulan, 42,840 gerakan setahun
- Individu yang mahu sembelih ibu bapa Naim Daniel dikenalpasti polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan
Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024