UiTM kekal dasar pengambilan pelajar – Naib Canselor
UiTM kekal dasar pengambilan pelajar – Naib Canselor
Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengekalkan dasar pengambilan pelajar sedia ada susulan gesaan agar institusi pendidikan tinggi itu menerima sementara pelatih bukan Bumiputera dalam program ijazah lanjutan pembedahan kardiotoraksnya.
Naib Canselor Shahrin Sahib berkata, tiada sebarang perbincangan atau cadangan mengenai perubahan dasar itu dalam mana-mana mesyuarat Senat UiTM mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti.
“UiTM akan terus berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta UiTM yang menyatakan UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
“UiTM komited untuk terus menjadi institusi pendidikan tinggi yang memartabatkan Bumiputera melalui peluang pendidikan berkualiti, sejajar dengan peruntukan itu,” katanya dalam kenyataan.
Baru-baru ini, portal berita kesihatan CodeBlue melaporkan UiTM sedia menerima ‘sementara’ pelatih bukan Bumiputera dalam program pembedahan kardiotoraksnya.
Dr Raja Amin Raja Mokhtar daripada Fakulti Perubatan UiTM mencadangkan langkah itu sebagai penyelesaian kepada beberapa kes kelayakan pelatih tidak diiktiraf.
Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir berkata, kementerian tidak menerima permohonan daripada UiTM untuk membuka program latihan ijazah lanjutan kepakaran atau ‘parallel pathway’ itu kepada bukan Bumiputera.
UiTM adalah satu-satunya universiti yang menawarkan program ‘parallel pathway’ dengan kerjasama Institut Jantung Negara dalam bidang pembedahan kardiotoraks. FMT
UiTM kekal dasar pengambilan pelajar – Naib Canselor
Baca Artikel Menarik:
- Dah masuk senarai #Blockout, baru nak terhegeh-hegeh – Ramona Zamzam
- Duit gelap beli hartanah di Dubai
- Azmin kalah kepada Amirudin tiga kali – Adun Bersatu
- Dokumen dedah warga Malaysia beli hartanah di Dubai
- Bersatu pecat, saya bebas – Abdul Rashid
- Datuk Red muflis, saya cari sendiri nafkah
- #Blockout2024: Mira Filzah suruh netizen jaga mulut sikit
- AR Badul terkejut ada 95,000 pengikut TikTok
- Mahathir ‘main’ bangsa lagi
- Komen Halim Othman mengenai pendedahan anak luar nikah
- #Blockout2024: Boikot selebriti tutup mulut
- Fadhlina Sidek gagal?
- Amy keterlaluan – Din Search
- Muaz dilarang masuk Singapura?
- Saya pendosa yang jujur – Aliff Aziz (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz
Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)
You must be logged in to post a comment.