Saya terima ‘amaran’ selepas serangan asid terhadap Faisal – Johan

Saya terima ‘amaran’ selepas serangan asid terhadap Faisal – Johan

Rentetan serangan dan ancaman terhadap pemain serta pegawai pasukan telah mencemarkan imej sukan bola sepak negara dalam tempoh sebulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Johan Kamal Hamidon, mendedahkan dia dan pegawai dalam Selangor FC menerima amaran daripada pihak tidak dikenali yang mengingatkan bahawa mereka mungkin menjadi sasaran seterusnya, susulan insiden yang menimpa Faisal Halim.

Bercakap kepada Malaysiakini, Johan (gambar atas) berkata dia telah membuat laporan polis mengenai ancaman tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

“Ada seorang dua pegawai yang diberi amaran untuk berhati-hati, bahawa mereka mungkin jadi sasaran seterusnya.

“Saya rasa perlu buat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di padang latihan rasmi Selangor FC Isnin lepas.

Beberapa hari sebelum insiden Faisal disimbah asid , pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid mengalami kecederaan setelah dipukul dan disamun di kawasan tempat letak kereta di sebuah kondominium di Terengganu.

Ditanya sama ada pasukan Selangor mengambil langkah keselamatan selepas insiden membabitkan Akhyar, Johan berkata dia tidak terlalu memikirkan hal tersebut pada masa itu.

Pada masa itu katanya, dia menganggap insiden yang berlaku terhadap Akhyar adalah serangan terpencil dan bukan rancangan untuk menghancurkan kerjaya pemain bola sepak kebangsaan.

Tindakan untuk datangkan kecederaan serius

Johan berkata dia bersimpati dengan Akhyar tetapi tidak menyangka salah seorang pemain Selangor FC turut menjadi mangsa serangan.

“Kami tidak fikir insiden itu akan menjadi ancaman kepada pemain Selangor FC tetapi apabila Faisal Halim diserang dengan asid, itu adalah tahap yang berbeza sama sekali berbanding dengan Akhyar.

“Dia disasarkan dan diserang dengan asid. Dan ia sememangnya tindakan berpotensi membunuh atau mencederakan dengan serius. Ia bukan samun, atau apa-apa yang lain, kan? Di situlah keadaan jadi sangat serius.

“Selepas itu, pasukan segera meningkatkan keselamatan dan kami berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya kerana ini belum pernah terjadi sebelum ini di Malaysia,” tambahnya.

Pada 8 Mei lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain menafikan dakwaan bahawa siri serangan terhadap pemain bola sepak kebangsaan adalah “konspirasi besar” melibatkan ahli politik, polis dan kumpulan kongsi gelap.

Suhaily juga menafikan dakwaan pemilik akaun media sosial di Instagram @muhammadimransuresh yang mendakwa memiliki bukti mengenai “konspirasi besar” tersebut.

Mengulas perkara itu, Johan berkata dia hanya boleh mengambil langkah atas kapasiti sebagai pentadbir pasukan bola sepak.

Dia percaya pihak berkuasa sedang melakukan yang terbaik untuk menyiasat siri serangan tersebut.

Langkah keselamatan tambahan

Dia memberitahu Malaysiakini pasukan itu mengambil langkah keselamatan termasuk mengupah pegawai keselamatan persendirian untuk mereka yang mungkin terdedah kepada ancaman, selain menempatkan pemain bujang di hotel.

“Selain itu, kami sedang menunggu laporan daripada polis supaya kami boleh merangka langkah yang lebih baik untuk pemain dan kakitangan.

“Tetapi buat masa ini, kami melakukan yang terbaik dalam kapasiti dan kemampuan kami,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan penyerang kelahiran Pulau Pinang itu dipindahkan ke wad biasa selepas dirawat kira-kira sembilan hari di unit rawatan rapi akibat disimbah asid.

Perkembangan itu dikongsi oleh ahli lembaga pengarah Selangor FC, Shahril Mokhtar, yang memaklumkan Faisal akan kekal dalam pemantauan rapi untuk rawatan susulan dan masih tidak dibenarkan menerima pelawat. Mk

Saya terima ‘amaran’ selepas serangan asid terhadap Faisal – Johan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker