Ini jumlah diterima Ronaldo bagi setiap hantaran di Instagram

Ini jumlah diterima Ronaldo bagi setiap hantaran di Instagram

Bintang bola sepak sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo seperti diketahui merupakan individu yang mempunyai pengikut paling ramai di laman sosial Instagram iaitu sebanyak 629 juta orang.

Seteru utamanya yang kini menyarung jersi Inter Miami, Lionel Messi pula di tempat kedua dengan 502 juta dan diikuti selebriti terkenal dunia, Selena Gomez (428 juta).



Dengan reputasi hebat hebat dimiliki, nilai komersial Ronaldo juga tidak perlu diperkatakan lagi dimana beliau mendapat tajaan bernilai jutaan ringgit daripada jenama besar seperti Nike, Armani dan Tag Heuer.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu turut memperoleh sejumlah wang yang cukup mengejutkan hasil setiap hantaran tajaan (sponsored post) di laman Instagram peribadinya.

Sehubungan dengan itu, Cristiano Ronaldo turut mendahului selebriti lain apabila ia berkaitan dengan pendapatan daripada hasil hantaran tajaan di laman Instagram.

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Menurut sumber dikeluarkan Sports Bible, tonggak utama Al-Nassr itu akan memperoleh $3.23 juta setiap kali membuat kiriman hantaran Instagram manakala Messi pula menerima sebanyak $2.6 juta.

Ia menunjukkan peningkatan mendadak diterima oleh Ronaldo kerana pada tahun 2019, beliau menerima £755,000 bagi setiap hantaran yang ditaja.

Semakin meningkat usia, semakin tinggi nilai yang diterima oleh peledak berbisa berusia 39 tahun ini.



Meninggalkan Manchester United pada penghujung tahun 2022, Ronaldo menandatangani kontrak bersama Al-Nassr sehingga 2025 dengan nilai anggaran £177 juta setahun, termasuk gaji tahunan £62 juta serta pelbagai bonus komersial.

Selepas dua musim berada di Arab Saudi, Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 56 gol dan mencipta 14 bantuan jaringan dalam 60 penampilannya. Vc

Ini jumlah diterima Ronaldo bagi setiap hantaran di Instagram

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah



Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker