Bersatu akan hilang sokongan selagi bersama PAS – Adun Bersatu

Bersatu akan hilang sokongan selagi bersama PAS – Adun Bersatu

Seorang Adun Bersatu, yang kini menyokong Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, percaya sokongan terhadap partinya akan terus berkurangan jika kekal sebagai sekutu PAS.

Abdul Rashid Asari berkata, parti yang dilabelkan sebagai ‘terlalu ekstrem’ itu boleh dipersalahkan atas kehilangan sokongan Bersatu.



Beliau berkata, ketika PAS berkempen semasa pilihan raya, naratif dikemukakan ialah ‘haram’ untuk tidak keluar mengundi.

“Ramai yang tidak suka (ucapan seperti itu). Ia sangat ekstrem. Orang Melayu tidak suka, malah ada ahli PAS yang membencinya,” katanya.

Sambil menegaskan tidak semua ahli PAS bersikap ekstrem, Adun Selat Klang itu berkata segelintir pemimpin yang berpegang kepada pandangan sebegitu menidakkan kerja keras jentera PAS untuk menarik pengundi.

Rashid, yang berkongsi pentas dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam kempen bagi PRK Kuala Kubu Baharu baru-baru ini, juga berkata, secara peribadinya, beliau tidak mempercayai PAS.



Beliau berkata, di sebalik semua dakwahnya mengenai agama, parti itu tidak menghormati walaupun ia perjanjian mudah.

Rashid mendakwa, ketika PN membincangkan peruntukan kerusi untuk PRU15, terdapat perjanjian bertulis bahawa Bersatu akan bertanding di Kapar dan PAS membuat tuntutan kerusi itu pada saat-saat akhir.

Dr Halimah Ali daripada PAS akhirnya memenangi kerusi Parlimen itu dalam pertandingan tujuh penjuru.

“Mereka kata berdosa jika anda tidak menepati janji, tetapi saya rasa pemimpin PAS merasakan sebaliknya,” kata Rashid. FMT



Bersatu akan hilang sokongan selagi bersama PAS – Adun Bersatu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy



Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz



Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker