Berani kutuk laksa Sarawak?
Itu bukan Laksa Sarawak.
Berani kutuk laksa Sarawak?
Seorang wanita dikecam gara-gara memberi komen jelik mengenai hidangan laksa Sarawak di media sosial.
Menerusi sebuah hantaran di Facebook, wanita tersebut dikritik hebat selepas mengatakan hidangan itu berbau seperti jamu.
Dalam hantaran itu, turut disertakan gambar seorang wanita menutup hidungnya semasa menjamah makanan tersebut.
“Maaf orang Sarawak, kita bukan niat nak mengutuk nak tanya saja, memang laksa Sarawak bau macam jamu macam ni ke? Yang kita gelak teruk tu sebab member tu dah rasa kat hotel masa breakfast (sarapan), penat dia gelak tak boleh telan.
“Tapi kita pergi spring mall tu order (pesan) mi kari sampainya sama laksa Sarawak.. Sebiji macam jamu maajun tu. Tak tertelan tolak gitu saja RM15,” kata hantaran itu.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita terbabit yang dikatakan menghina makanan.
“Rezeki jangan dibuat begini. Tak perlu nak makan sampai tutup hidung,” kata Fikrie.
“Saya pun tak berapa suka laksa Sarawak, tapi kalau tak suka jangan makan. Jangan buat rezeki macam tu. Kita tak tahu masa depan kita nanti macam mana,” kata Fieya.
“Kita ni biar tak berharta tetapi jangan tiada adab. Makan sambil tutup hidung, kamu ingat itu sampah ke?,” kata Wati.
Carian di Facebook mendapati hantaran asal tersebut telah dipadam sementara akaun pengguna berkenaan turut dinyahaktifkan.
Itu bukan Laksa Sarawak
Susulan itu, seorang individu di TikTok yang dikenali sebagai Aniq93, tampil memberi pendapatnya mengenai tindakan wanita tersebut. Menurutnya, apa yang dimakan oleh wanita itu sebenarnya adalah ‘Yong Tau Fu’ yang berkuahkan kari, bukannya Laksa Sarawak.
Tambahnya lagi bahan-bahan seperti sayur-sayuran hijau, khususnya sayur sawi yang terdapat dalam hidangan wanita tersebut, tidak digunakan dalam Laksa Sarawak asli.
Beliau juga menasihati wanita itu untuk mengambil kesempatan semasa masih berada di Sarawak untuk singgah ke kedai-kedai yang menjual Laksa Sarawak yang sebenar.
Berani kutuk laksa Sarawak?
Baca Artikel Menarik:
- Dah masuk senarai #Blockout, baru nak terhegeh-hegeh – Ramona Zamzam
- Duit gelap beli hartanah di Dubai
- Azmin kalah kepada Amirudin tiga kali – Adun Bersatu
- Dokumen dedah warga Malaysia beli hartanah di Dubai
- Bersatu pecat, saya bebas – Abdul Rashid
- Datuk Red muflis, saya cari sendiri nafkah
- #Blockout2024: Mira Filzah suruh netizen jaga mulut sikit
- AR Badul terkejut ada 95,000 pengikut TikTok
- Mahathir ‘main’ bangsa lagi
- Komen Halim Othman mengenai pendedahan anak luar nikah
- #Blockout2024: Boikot selebriti tutup mulut
- Fadhlina Sidek gagal?
- Amy keterlaluan – Din Search
- Muaz dilarang masuk Singapura?
- Saya pendosa yang jujur – Aliff Aziz (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy
Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz
You must be logged in to post a comment.