Bekas CEO badan kanun direman berkait seleweng dana RM1.2 bilion

Bekas CEO badan kanun direman berkait seleweng dana RM1.2 bilion

Bekas CEO badan berkanun direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan bagi projek pembangunan sekitar ibu negara bernilai RM 1.2 bilion.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia sekitar 60-an ditahan kira-kira 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.



“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama dua hari bermula hari ini hingga esok terhadap suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2019 hingga 2021 dan menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang kepada syarikat kontraktor serta perunding tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman kerajaan,” katanya.

Semalam, SPRM menahan reman dua pegawai kanan sebuah agensi badan berkanun bagi kesalahan sama.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.



Beliau memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM, iaitu kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan. FMT

Bekas CEO badan kanun direman berkait seleweng dana RM1.2 bilion

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah



Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker