Anak Selayang bertugas di Raudah
Anak Selayang bertugas di Raudah
MADINAH: Bayangkan sehari bekerja dapat dua jam berehat atau meluangkan masa di dalam Raudah, jika setahun tidak tolak cuti bermakna, 365 kali dua jam ada 730 jam dapat duduk di dalam Raudah.
Alangkah bertuah dan bahagianya bagi Zuraini Mukri, 46, satu-satunya rakyat Malaysia yang bertugas di Masjid Nabawi sebagai penterjemah kepada jemaah dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand.
Jika dilihat dari segi penampilan dan cara berpakaiannya yang sama sebagaimana wanita Arab Saudi, tiada siapa menyangka individu ini adalah anak Melayu jati asal Selayang yang berkhidmat dengan pengurusan Masjid Nabawi sejak setahun lalu.
Malah, anaknya Nur Afrina Noordin, 20, turut mengikuti jejaknya bekerja di bawah pengurusan Masjid Nabawi.
Zuraini turut berperanan sebagai sebahagian kakitangan yang menjaga Raudah dan memastikan semua pengunjung wanita mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pengurusan.
Raudah adalah satu tempat di Masjid Nabawi yang menjadi impian setiap jemaah haji atau umrah untuk mengunjunginya kerana dikatakan tempat paling mustajab berdoa.
“Setiap hari, kerja saya akan membabitkan beberapa tugasan sama ada di kaunter penerangan, di dalam kawasan Raudah atau kawasan lain sekitar Masjid Nabawi.
“Tanggungjawab saya lebih kepada kerja penterjemah untuk jemaah dari Indonesia, Malaysia, Brunei dan Thailand. Saya akan memastikan pengunjung mendapat maklumat lengkap dan mematuhi arahan sewajarnya apabila memasuki Raudah dan Masjid Nabawi,” katanya ketika ditemui Petugas Media Tabung Haji di sini, baru-baru ini.
Zuraini kini menetap di Madinah bersama suaminya, Dr Noordin Othman serta lapan anak sejak lebih 10 tahun lalu.
Tugasan di Masjid Nabawi dilakukan olehnya lima hari seminggu dengan mengikut jadual yang diberikan olehnya.
Menurut Zuraini lagi, banyak pengalaman ditimba sepanjang setahun berkhidmat di Masjid Nabawi.
“Saya selalu ingatkan diri saya, ada pelbagai karakter manusia yang datang ke sini. Jadi saya perlu melayan mereka seperti biasa dan sama adil.
“Selain itu pengunjung yang datang ke sini juga ada pelbagai ragam. Ada antaranya yang terus merakam video, berswafoto dan memindah naik dalam media sosial terlebih dahulu apabila dapat memasuki Raudah, walhal masa yang diberikan untuk beribadat dalam Raudah sangat pendek,” jelasnya.
Dalam pada itu, menurut Nur Afrina, bekerja di Masjid Nabawi dan Raudah banyak mengajarnya mengenai ilmu kehidupan.
“Alhamdulillah, saya diberi peluang melihat dan mempelajari banyak ilmu mengenai pelbagai ragam manusia yang datang ke sini,” Jelasnya. BH
Anak Selayang bertugas di Raudah
Baca Artikel Menarik:
- Dah masuk senarai #Blockout, baru nak terhegeh-hegeh – Ramona Zamzam
- Duit gelap beli hartanah di Dubai
- Azmin kalah kepada Amirudin tiga kali – Adun Bersatu
- Dokumen dedah warga Malaysia beli hartanah di Dubai
- Bersatu pecat, saya bebas – Abdul Rashid
- Datuk Red muflis, saya cari sendiri nafkah
- #Blockout2024: Mira Filzah suruh netizen jaga mulut sikit
- AR Badul terkejut ada 95,000 pengikut TikTok
- Mahathir ‘main’ bangsa lagi
- Komen Halim Othman mengenai pendedahan anak luar nikah
- #Blockout2024: Boikot selebriti tutup mulut
- Fadhlina Sidek gagal?
- Amy keterlaluan – Din Search
- Muaz dilarang masuk Singapura?
- Saya pendosa yang jujur – Aliff Aziz (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz
You must be logged in to post a comment.