Umno aktifkan ‘war room’ untuk kempen PRK KKB
Umno aktifkan ‘war room’ untuk kempen PRK KKB
Umno mengaktifkan “war room” bagi membantu dan menyokong calon kerajaan pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Ahmad Maslan berkata Umno akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan.
“Saya sendiri menemui ketua bahagian, ahli jawatankuasa bahagian pada minggu lepas untuk mengaktifkan jentera Umno. Presiden Zahid Hamidi sendiri bertemu ketua-ketua cawangan dalam mesyuarat berkelompok pada Ahad lepas.
“Dua malam lepas misalnya, kita bertemu parti-parti kerajaan perpaduan. Sudah dua kali kita adakan bererti Umno menyokong calon kerajaan perpaduan, calon Pakatan Harapan pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu,” katanya.
Berhubung kenyataan Ketua Whip DAP, Nga Kor Ming, pada Isnin yang mengharapkan sokongan Umno dalam PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Ahmad berkata pihaknya sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya di bawah gabungan kerajaan perpaduan.
“Kali ini giliran Pakatan Harapan sekali lagi untuk mengemukakan calon. Oleh itu sebagai satu pasukan dalam kerajaan perpaduan kita menolong atas nama pakatan Malaysia Madani. Kita sepasukan inginkan kestabilan politik maka Umno akan bantu calon ini,” katanya.
Ahmad berkata program seperti ceramah berkelompok dan mega perlu dilaksanakan bagi memberi penjelasan kepada akar umbi berkaitan isu-isu penting yang dimainkan pihak pembangkang termasuk isu 3R (kaum, agama dan raja).
“Saya lihat antara isu-isu yang akan ditimbulkan tentunya tentang kalimah Allah, afidavit addendum, itu saya kira antara isu-isu panas, termasuk juga isu harga barang. Jangan dibiarkan isu itu tanpa jawapan.
“Kita akan atur perkara ini untuk buat penjelasan bukan hanya secara face-to-face tetapi juga melalui media sosial berhubung dengan apa jua isu yang mereka (pembangkang) timbul, kita akan jawab,” katanya.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas, Lee menewaskan tiga pencabarnya daripada Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia, dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan meraih majoriti 4,119 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini (27 April) sebagai hari penamaan calon manakala hari pengundian pada 11 Mei. FMT
Umno aktifkan ‘war room’ untuk kempen PRK KKB
Baca Artikel Menarik:
- Helikopter bertembung: Bapa reda pemergian ‘tulang belakang’ keluarga
- Lima pesawat nyaris bertembung di landasan
- Abang bomba pujuk budak turun dari bumbung asrama
- Datuk Red, Adira cerai talak satu
- Hentikan jualan arak 24 jam, bukan restoran 24 jam
- MARA buka permohonan tajaan sambung pengajian graduan cemerlang bulan depan
- Inilah Wajah Wira-Wira Negara yang terkorban
- Helikopter bertembung: Ini mungkin punca nahas
- Helikopter terhempas: ma sudah tak ada
- Goblok berkempen untuk DAP! MCA ada maruah dan harga diri – Wee Ka Siong
- Helikopter bertembung: Joanna ada dua anak kecil
- Helikopter bertembung: Dua kali buat pengecaman, wajah anak macam tidur
- Eagle’s Nest Skywalk Langkawi tepanjang di dunia kini dibuka
- Mahathir takut dengan bayang-bayang sendiri?
- Helikopter bertembung: Komander Muhammad Firdaus hubungi keluarga sebelum nahas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)
You must be logged in to post a comment.