The Rock menang selepas sedekad tidak beraksi

The Rock menang selepas sedekad tidak beraksi

The Rock melakar kemenangan bergaya sekembalinya ke pertarungan sebenar dalam tempoh 11 tahun ketika pasukannya The Bloodline berdiri megah selepas berakhirnya malam pertama WrestleMania 40 kelmarin.

The Rock dan Roman Reigns mengatasi Seth Rollins dan Cody Rhodes dalam salah satu pertarungan tag team.

Namun kini, Rollins terpaksa mempertahankan kejuaraan dunianya dengan kecederaan lutut yang teruk dan Rhodes mencabar kejuaraan di bawah peraturan Bloodline – bermakna bebanan berganda buatnya.

Dalam usia 50-an dan tidak bergusti selama lebih sedekad, jangkaan terhadap The Rock tidaklah terlalu tinggi.

Bagaimanapun, selepas mudah mendominasi pertarungan itu pada babak pertama, babak penamat mengingatkan kita kepada magis yang masih dimilikinya.

Empat penggusti itu sedar mereka bersaing dalam satu pertarungan legenda di Stadium Lincoln Financial Field di Florida yang dipenuhi 73,000 penonton. – AGENSI

The Rock menang selepas sedekad tidak beraksi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang

Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker