Datin dibunuh dan disamun di Paroi

 

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek sebelum barang peribadi miliknya dilarikan dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Paroi Jaya di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.25 malam melibatkan kematian seorang mangsa wanita berusia 70-an.



“Hasil siasatan tempat kejadian mendapati terdapat kesan kecederaan di anggota badan mangsa. Selain itu, beberapa barang milik peribadi mangsa telah tiada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa merupakan isteri kepada seorang bekas ahli perniagaan bergelar Datuk.

Nanda berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawak Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Beliau berkata, setakat ini motif kejafian masih dalam siasatan dan polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.



Sehubungan itu, Nanda berkata, pihak polis memohon saksi, Mohd. Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, yang beralamat di Lot 24 Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk tampil memberikan kenyataan bagi membantu siasatan.

Sebarang bantuan, boleh hubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan, Fauzan Azima Razak di talian 06-6033222

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]



Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker