Dakwa MCA parti sesat, Wee bidas Teresa Kok

PETALING JAYA: MCA membidas komen Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok yang mendakwa parti tersebut sesat kerana hanya ‘menyerang’ pemimpin parti berkenaan.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau mengakui membangkitkan dua isu berkaitan Kementerian Pengangkutan yang diterajui oleh Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP.

Menurut beliau, dua isu yang dibangkitkan beliau iaitu berkaitan data peribadi rakyat dan tentang tambang penerbangan ke Sabah serta Sarawak merupakan kritikan yang membina demi kebaikan rakyat.

“Apa salah dan dosa saya? Sebagai ahli parlimen, saya sentiasa bersuara sama ada di dalam atau di luar Dewan Rakyat! Meskipun saya perlu menegur kementerian tentang sesuatu dasar, perkara itu demi kebaikan rakyat dan negara.

“Ingin juga saya tegaskan bahawa MCA menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyokong Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya  kenyataan.

Terdahulu, dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh itu menyifatkan MCA kini agak ‘sesat’ kerana Ka Siong dilihat gemar menyerang Anthony Loke.

Mengulas lanjut, Ka Siong yang juga bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, MCA tidak berada di dalam Kabinet dan tidak terlibat di dalam penggubalan dasar jadi peranan parti tersebut adalah sebagai ‘semak dan imbang’ di dalam sistem demokrasi.

PEMBANGKANG

Jelasnya, tiada ahli parlimen berketurunan Cina yang berada di blok pembangkang untuk melakukan tanggung jawab tersebut.

“Kalau bukan MCA, siapa lagi? Apa jua dasar baik kerajaan yang memanfaatkan rakyat, MCA pasti akan sokong 100 peratus manakala bagi dasar yang memberi impak negatif kepada rakyat jelata, MCA rasa terpanggil untuk bersuara meskipun DAP memandang remeh hanya dua orang wakil kami di dalam Dewan Rakyat.

“Teresa dan sekutunya boleh terus ‘membisu’, tapi itu hak dan tanggungjawab saya untuk bersuara. Sila hormati dan raikan perbezaan pandangan serta kebebasan bersuara,” katanya.

Tambahnya, sukar untuk MCA berdamai dengan DAP sekiranya parti tersebut ingin mereka membisu dalam semua isu atau menjadi ‘pak turut’.

“Jika DAP nak melihat MCA membisu dalam semua isu dan menjadi ‘pak turut” dalam semua perkara, barulah MCA dianggap ‘berdamai’ dengan DAP? Maaf ya, MCA akan terus menegur dengan cara konstruktif dan tidak akan menjadi Pak Turut semata-mata,” tegasnya

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker