Shila Amzah rahsiakan kehamilan kerana bersebab..

KUALA LUMPUR: Selepas hampir lima bulan mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti, Shila Amzah dan suaminya, Ubai MZ bakal menimang cahaya mata sulung.

Mereka berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram (IG), malam tadi.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah berkata, dia tidak berniat merahsiakan perkara itu, sebaliknya mahu memastikan proses kehamilannya berjalan lancar.

“Ada sebab kenapa kami baru beritahu semua orang untuk memastikan tempoh kehamilan ini berjalan lancar.

“Saya nak pastikan proses awal kehamilan berjalan lancar terlebih dulu. Terima kasih kepada yang mendoakan kami sebelum ini.

“Doakan agar kandungan ini selamat dan dipermudahkan segala-galanya,” katanya.

Bagaimanapun, Shila tidak memaklumkan dengan lebih terperinci mengenai kehamilannya termasuk usia kandungan ketika ini.

 

Shila dan Ubai kongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata menerusi hantaran dalam IG, malam tadi. - Foto IG Shila Amzah
Shila dan Ubai kongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata menerusi hantaran dalam IG, malam tadi. – Foto IG Shila Amzah

 

Sementara itu, menerusi hantaran sama, Ubai atau nama sebenar, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli turut berkongsi perjalanan hidup mereka sepanjang tahun lalu.

“2023 meninggalkan peristiwa manis dan sedih yang banyak mengajar kami berdua. Tahun ini juga kami mengambil keputusan berkahwin.

“Tahun lepas juga arwah adik pergi sebelum majlis pertunangan kami, diikuti pula pemergian arwah mak beberapa hari sebelum kami bernikah.

“Selesai cerita kami pada 2023 dan 2024 ini kami ingin membukanya dengan satu perkhabaran,” kata Ubai.

Video yang dimuat naik kira-kira tiga jam lalu itu sudah mendapat lebih 400,000 tontonan dengan rata-rata pengikut menitipkan doa dan ucapan tahniah kepada mereka.

Pada 5 Ogos lalu, Shila dan Ubai bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Boathouse Ampang.

Sebelum itu, mereka melangsungkan majlis pertunangan pada 27 Mei lalu.

Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia 5 tahun.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker