Ronaldo tambah koleksi trofi atasi Kylian Mbappe, Harry Kane, dan Erling Haaland

DUBAI: Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menambah satu lagi pencapaian mengagumkan dalam kabinet trofi peribadinya selepas mengatasi Kylian Mbappe, Harry Kane, dan Erling Haaland untuk merangkul Anugerah Maradona bagi anugerah Penjaring Gol Terbaik menjelang Anugerah Bola Sepak Dubai Globe 2023 pada 19 Januari ini.

Ronaldo yang menjaringkan 54 gol dalam 59 perlawanan pada tahun lalu bersama kelab Al Nassr dan Portugal, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penjaring terbanyak

Ia sekali gus mengatasi pemain Paris Saint-Germain, Mbappe (52 gol dalam 53 perlawanan) dan Bayern Munich, Harry Kane (52 gol dalam 57 perlawanan).



Dalam pada itu, bintang Manchester City, Erling Haaland menamatkan tahun 2023 dengan 50 gol dalam 60 perlawanan disertainya.

Anugerah terbaharu diraih Ronaldo melengkapkan 12 bulan penuh keajaiban buat bintang berusia 38 tahun itu, selepas meledak 44 gol dalam liga bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 873 jaringan pada masa kini itu juga turut bersaing untuk anugerah Pemain Terbaik, Pemain Terbaik Timur Tengah dan Pemain Pilihan Penyokong pada majlis Anugerah Bola Sepak Globe Dubai nanti.

Ronaldo pada ketika ini sedang menikmati rehat musim dan dijadual kembali bersama Al Nassr untuk pertembungan dengan Inter Miami dalam saingan Piala Riyadh pada 1 Februari nanti. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?



Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker