Pelakon Mary Poppins 1964 meninggal dunia pada usia 100 tahun

GLYNIS Johns, pelakon Britain bersuara serak yang terkenal dengan peranannya dalam filem muzikal filem blockbuster tahun 1964 ‘Mary Poppins’ meninggal dunia pada usia 100 tahun.

Johns merupakan pelakon veteran filem dan pentas pernah memenangi Anugerah Tony pada tahun 1973 untuk peranannya dalam filem muzikal Stephen Sondheim ‘A Little Night Music’.

Johns juga pernah dicalonkan di anugerah Oscar untuk filem tahun 1960 ‘The Sundowners’.



Menurut pengurusnya Mitch Clem, Johns meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Los Angeles.

Sepanjang kariernya selama 60 tahun, Johns telah terlibat dalam berpuluh-puluh filem namun peranannya dalam ‘Mary Poppins’ sebagai Winifred Banks adalah yang paling diingati.

Johns pernah melakonkan watak ikan duyung dalam filem ‘Miranda’ (1948), dan kemudian muncul dalam dua sekuel ‘Mad About Men’ (1954).

Beliau telah dicalonkan untuk Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik untuk peranannya sebagai penjaga hotel dalam filem ‘The Sundowners’ bersama Robert Mitchum, Deborah Kerr dan Peter Ustinov.



Johns dilahirkan pada 5 Oktober 1923 di Afrika Selatan semasa ibu bapanya mengembara untuk persembahan pentas di sana.

Mendiang meninggalkan seorang anak lelaki. – Awani

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker