Imam meninggal ketika solat , selamatkan nyawa atau teruskan solat?

Imam meninggal ketika solat , selamatkan nyawa atau teruskan solat?

Dalam sebuah video yang tular baru-baru ini, kelihatan seorang Imam sedang memimpin makmum ketika solat subuh tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri waktu sedang sujud. Setelah agak lama imam rebah, barulah makmum sedar dan salah seorang makmum terus menggantikan imam tersebut bagi memimpin makmum menghabiskan solat. Dalam keadaan ini, adakah benar tindakan makmum tersebut meneruskan solat tanpa memperdulikan imam yang rebah?

Maka dalam hal ini ada dua keadaan, dan kedua-duanya tetap tidak salah jika dilakukan.

Secara asasnya para ulama bersepakat bahawa tidak boleh untuk seseorang membatalkan solat fardunya dengan sengaja tanpa ada sebarang keuzuran. Ini berdasarkan firman dalam surah Muhammad: 33,

“Dan janganlah kamu membatalkan amalan-amalan kamu”

Berdasarkan ayat di atas seseorang itu dilarang untuk membatalkan amalannya sama ada melakukan perbuatan yang boleh membatalkan seluruh amalan soleh iaitu murtad ataupun seseorang yang telah mengerjakan sesuatu ibadah seperti puasa dan solat fardu membatalkannya iaitu memberhentikannya dengan sengaja tanpa ada sebarang sebab yang munasabah di sisi syarak.

Namun di sana terdapatnya beberapa pengecualian iaitu membatalkan solat fardu disebabkan adanya keuzuran dan kemudaratan yang berlaku. Sebagai contoh seseorang yang sedang menunaikan solat fardu dan melihat seekor ular atau kala jengking berada di hadapannya atau kawasan solatnya, maka terdapat nas syarak yang memerintahkan untuk kita membunuhnya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Bunuhlah kamu dua yang hitam di dalam solat iaitu ular dan kala jengking.”

Hadis ini menjadi petunjuk yang membolehkan seseorang membatalkan solatnya untuk membunuh haiwan yang memberi ancaman bahaya. Caranya adalah dengan memberhentikan solat kemudian membunuh haiwan tersebut lalu memulakan solat fardunya yang telah ditinggalkan.

Demikian juga apabila berlaku perkara-perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang yang sedang solat seperti kebakaran, gempa bumi, banjir besar, terdapatnya haiwan buas ataupun apa sahaja ancaman keselamatan. Semua ini membolehkan seseorang membatalkan solatnya dan ia bertepatan dengan kaedah fekah yang diambil dari hadis Rasulullah s.a.w.

“Tidak boleh berlakunya kemudaratandan membalasnya dengan kemudaratan” (HR Ibnu Majah)

Dalam hal ini Imam Izzuddin ibn Abd. Salam menyebutkan berkenaan isu membatalkan solat dengan katanya,

“Didahulukan proses menyelamatkan manusia yang tenggelam ke atas melaksanakan solat. Ini kerana menyelamatkan manusia yang maksum (terpelihara nyawa dan harta) adalah lebih afdal di sisi Allah berbanding mendirikan solat. Dan menghimpunkan antara dua maslahah ini dengan cara menyelamatkan mangsa dahulu kemudian dia menggantikan (qada) semula solatnya.”

Walaupun begitu masih ada juga yang sanggup mendahulukan solat berbanding keselamatan diri, harta atau nyawa. Dan ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. bilamana iman para sahabat yang tebal tetap meletakkan solat sebagai keutamaan. Mereka lebih rela mati di dalam solat dari membatalkannya.

Antaranya kisah yang berlaku kepada Abbad bin Bishr r.a. bahawa beliau mendirikan solat pada suatu malam. Tiba-tiba dia dilempar dengan sebatang anak panah sehingga menembusi tulang di lengannya lalu beliau mencabutnya dan meneruskan solat.

Begitu juga yang berlaku kepada saidina Umar al-Khattab r.a. yang ditikam oleh Abu Lu’luah ketika ingin mendirikan solat subuh. Dalam keadaan nazak sempat lagi saidina Umar r.a. menyuruh Abdul Rahman bin Auf r.a. untuk menggantikan dirinya menjadi imam solat kerana kewajipan kepada Allah itu lebih penting dari dirinya sendiri.

Maka dalam menjawab persoalan ini boleh membatalkan solat bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar bahkan meraikan maqasid syarak itu sendiri dari sudut penjagaan nyawa. Maka dalam keadaan darurat seseorang yang sedang solat fardu hendaklah menyelamatkan dirinya atau orang lain dahulu dan menggantikan semula solat yang ditinggalkan pada masa tersebut.

Manakala bagi yang ingin meneruskan solat ia dibolehkan, dan lakukanlah dengan secepatnya tanpa merosakkan solat. Perbuatan ini juga tetap mendapat ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T. Wallahu a’lam Utv

Imam meninggal ketika solat , selamatkan nyawa atau teruskan solat?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker