Anwar ziarah Hadi di IJN

Hadi Awang dan bekas penasihat Anwar Ibrahim, Ziauddin Sardar, menerima rawatan di IJN.

Anwar ziarah Hadi di IJN

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berada di Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi untuk menziarahi Presiden PAS, Hadi Awang, dan bekas penasihatnya ketika menjadi menteri pendidikan, Ziauddin Sardar.

Bernama melaporkan Anwar tiba di IJN selepas solat Jumaat.

Agensi berita itu melaporkan Hadi, dan Ziauddin, seorang warga British berketurunan Pakistan, menerima rawatan di hospital itu.

Ziauddin menjadi penasihat khas kepada Anwar pada 1987, dan banyak menulis tentang dunia Islam.

Ditemui pemberita di IJN, Anwar yang menggunakan gelaran ‘ustaz’ untuk Hadi mendoakan kesihatan pemimpin PAS itu dan rakannya.

“Kita doa insya-Allah mereka pulih seperti biasa,” katanya, lapor Bernama.

Setiausaha akhbar kepada Hadi, Abdul Malik Ab Razak, memberitahu FMT bahawa Hadi dalam keadaan stabil dan dalam pemantauan.

Pihaknya dimaklumkan tentang kehadiran Anwar, namun tidak berkesempatan berjumpa Hadi.

“Tuan guru dalam prosedur rawatan ketika itu,” katanya.

Anak Hadi, Muhammad Khalil, memaklumkan bahawa Hadi sedang menjalani prosedur seperti dijadualkan.

“Insya-Allah dalam sehari dua ini akan ‘discharge’,” katanya. FMT

Anwar ziarah Hadi di IJN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker