SUV Mazda untuk MB, Exco Terengganu?
Tular pengedaran gambar kereta SUV model Mazda didakwa merupakan kereta baharu untuk ahli Exco Terengganu.
SUV Mazda untuk MB, Exco Terengganu?
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu digesa menjelaskan status pembelian kenderaan rasmi baharu yang ditularkan di media sosial didakwa untuk kegunaan Menteri Besar dan barisan Exco.
Bekas Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, kerajaan wajar mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan pembelian kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda bagi memastikan sama ada ia merupakan keperluan mendesak yang menjadi keutamaan buat masa ini.
“Ada tersebar gambar-gambar kereta SUV model Mazda sama ada CX5 atau CX8, saya tak dapat mengesahkan namun ia didakwa merupakan kereta baharu untuk ahli Exco.
“Kalau model CX5 harganya bermula RM138,000 hingga RM174,000. Kalau CX8 dari RM185,000 hingga RM200,000 dan ianya lebih murah jika mendapat pelepasan cukai oleh Kementerian Kewangan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Jelas Wan Hakim, pembelian kenderaan baharu itu tidak menimbulkan sebarang isu sekiranya ia termaktub dalam Belanjawan 2023.
Malah katanya ia lebih murah jika dibandingkan dengan kereta jenama Mercedes bernilai RM3.5 juta untuk kegunaan Exco kerajaan Kelantan pada 2020.
“Jika kerajaan beli melalui dana Terengganu Inc atau anak-anak syarikat dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah, tiada masalah dari segi tatacara dan peraturan.
“Yang menjadi isu ialah tatkala pembayaran dana khas hasil petroleum yang agak terhad dari Kerajaan Pusat (sepatutnya RM1.6 billion untuk 2023), adakah pembelian ini masih menjadi keperluan utama kerajaan?
“Bagaimana dengan bayaran-bayaran lain yang perlu dilunaskan oleh kerajaan negeri seperti di dalam Bajet 2023? Yang mana lebih utama? Rakyat atau Exco?,” kata beliau.
Dalam pada itu, Wan Hakim turut mempersoalkan sama ada terdapat kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal yang masih belum menerima bayaran oleh kerajaan negeri.
“Mereka juga perlu jelaskan adakah benar tahun depan cukai pintu kediaman akan mula dikutip disebabkan tekanan hasil pendapatan kerajaan yang semakin berkurangan.
“Adakah benar pelbagai caj berkaitan tanah juga dinaikkan untuk membantu tingkatkan pendapatan negeri yang semakin menurun?” soalnya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Kemaman mendakwa keadaan itu berlaku disebabkan tiada pembangkang yang berperanan sebagai semak dan imbang dalam kerajaan.
“Bukankah saat ini kerajaan ‘Terengganu ‘wish’, mereka menerima bayaran premium penuh dari NGO (badan bukan kerajaan) isteri-isteri wakil rakyat mereka atas pembelian tanah bernilai RM29 juta itu dan bukan diskaun khas sebanyak RM500,000 sahaja.
“Kalau dapat premium penuh jutaan ringgit, boleh saja beli kereta-kereta baharu untuk Exco tanpa menjejaskan kantung sedia ada yang semakin menguncup.
“Mungkin inilah hasilnya bila kerajaan tiada pembangkang, tiada semak dan imbang,” ujarnya. Sinar
SUV Mazda untuk MB, Exco Terengganu?
Baca Artikel Menarik:
- Deretan jenazah penuhi perkarangan hospital di Gaza
- Kes curi RM85,000 di Mini Dhaka, 3 anggota disambung reman – Ayob Khan
- Ketua sindiket dadah bergelar Datuk ditahan di Sabah
- ‘Orang lemas, jerit minta tolong’, bekas tentera dihantui ribut Greg
- Hasrat suami isteri mahu ‘bulan madu’ di Turkiye tidak kesampaian dihalang dari ‘terbang’
- Cadangan Khalid Samad tubuh syarikat media PH dibidas MP Pakatan Harapan
- Mayat Nur Damia Qaisara ditemukan
- Stadium Shah Alam dapat kelulusan untuk dirobohkan – MB Selangor
- Pengkhianat perlu dihukum, Akta anti-Ali Baba bakal diperkenalkan
- Lelaki meninggal dunia lebih 5 hari dalam kereta baru ditemui
- MyCC digesa siasat ‘kartel beras’ selepas berjaya denda ‘kartel makanan ayam’
- Suami bayar isteri RM1.4 juta juta setiap kali hamil
- 60 remaja ditahan berpesta bahan terlarang di bilik karaoke
- Pemuda separuh sedar, kaki tersepit rim motosikal
- Mat Sabu berundur sebagai Presiden Amanah sebelum PRU16
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman
Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram
You must be logged in to post a comment.