Hizbullah seru ‘hari kemarahan’ susulan serangan ke atas hospital Gaza
Hizbullah seru ‘hari kemarahan’ susulan serangan ke atas hospital Gaza
BEIRUT: Gerakan Hizbullah berpusat di Lubnan yang disokong Iran mengutuk serangan ke atas hospital di Semenanjung Gaza dengan ratusan penunjuk perasaan berkumpul di kedutaan Perancis dan Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda protes.
Gerakan itu turut menyeru sokongan ke atas Palestin dengan mengisytiharkan ia sebagai ‘day of rage’ (hari kemarahan).
Hizbullah yang juga sekutu Hamas menyifatkan serangan hospital ke atas Israel sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’ dan ‘jenayah kejam’, manakala tentera Israel meletakkan kesalahan itu ke atas pejuang Jihad Islam yang berpangkalan di Gaza dengan mendakwa kumpulan itu tersilap sasaran ketika melakukan serangan roket.
Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikuasai Hamas berkata, sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas hospital, dengan orang awam terpaksa berlindung di kawasan pantai.
“Ayuh kita jadikan esok (Rabu) sebagai hari kemarahan terhadap musuh,” kata Hizbullah dalam satu kenyataan.
Pihaknya turut menyeru umat Islam dan penduduk di Asia Barat untuk mengadakan perhimpunan di jalanan bagi menzahirkan kemarahan susulan serangan yang semakin memburuk.
Menurut wartawan AFP, susulan seruan Hizbullah, ratusan penunjuk perasaan bergelut dengan pasukan keselamatan Lubnan di luar kedutaan AS di pinggir bandar Awkar, yang mana penunjuk perasaan membaling batu dan membakar bangunan.
Polis melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan dengan pegawai perubatan bertindak memberi rawatan ke atas penunjuk perasaan yang mengalami sesak nafas.
Menurut wartawan, penunjuk perasaan melaungkan ‘kematian kepada Amerika’ dan ‘kematian kepada Israel’, dan ramai dilihat menutup muka mereka dengan selendang Palestin.
Beratus-ratus penunjuk perasaan turut berkumpul di kedutaan Perancis di Beirut, menaikkan bendera Hizbullah dan melontarkan batu di pintu masuk utama pejabat berkenaan. BH
Hizbullah seru ‘hari kemarahan’ susulan serangan ke atas hospital Gaza
Baca Artikel Menarik:
- Colombia usir Duta Israel
- “Perang mulut” antara Guan Eng dan Chow berterusan
- Cadangan guna dinar ‘dirujuk semula’- Anwar
- Majlis Keselamatan PBB tolak usul gencatan senjata di Gaza
- Polis siasat kenyataan hina agama Islam
- Peguam palsu menang 26 kes di mahkamah
- MOTR dedah kisah pengkhianatan
- Hamas keluar video tebusan wanita Perancis-Israel
- Sabri Yunus sekolahkan penceramah bebas media sosial
- Tuduhan nikah tidak sah, berzina terlalu berat – Sabri Yunus
- Jaja reda bercerai dengan pelawak dan penyampai radio
- Kalau bagus sangat, jangan masuk bertanding – Mas Idayu
- Jihan Muse dikecam permainkan nama Azmi Saat
- Sia-sia Ketereh bertekak
- GV10: Naqiu mohon maaf terlebih mesra dengan Misha Omar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.