SUA UMNO ‘bela’ DAP, kini bukan ancaman pada Islam
Antara tuduhan yang sering diulang-ulang terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim ialah kehadiran DAP mendatangkan ancaman kepada Islam dan orang Melayu.
Pembangkang termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa pengerusi PH tunduk kepada DAP kerana parti itu mempunyai bilangan kerusi parlimen terbanyak berbanding yang lain dalam kerajaan campuran.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan dakwaan tersebut tidak benar berdasarkan peruntukan RM1.9 bilion untuk syiar Islam di bawah Belanjawan 2024.
“Pertambahan peruntukan untuk Jakim dan pembangunan hal ehwal Islam dari RM1.5 Bilion tahun 2023 kepada RM1.9 Bilion dalam Belanjawan 2024 jelas membuktikan bahawa dakwaan Islam semakin terancam dan diabaikan oleh kerajaan perpaduan Malaysia gabungan 18 parti politik hanya kerana ada DAP di dalamnya adalah jelas fitnah,” katanya pada satu hantaran di media sosial hari ini.
Dia juga menyatakan bagaimana Anwar telah menerima inisiatif Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi melalui Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).
“…dengan memperuntukkan RM187 juta termasuklah RM150 juta untuk program penyelenggaraan dan naiktaraf prasarana sekolah yang uzur, RM17 juta untuk program Tahfiz TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan RM20 juta program Pra Tahfiz Kemas yang menyasarkan 100,000 hufaz cilik menjelang tahun 2026,” katanya.
Tambahan pula, Asyraf berkata agenda Melayu dan Bumiputera diperkukuh dengan penambahan peruntukan untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (di bawah Zahid) kepada RM11.554 bilion dan RM3.99 untuk Mara.
“… yang diamanahkan untuk memperhebatkan pelbagai program pembiayaan perniagaan, keusahawanan, pendidikan termasuk pemerkasaan program TVET untuk anak Melayu-Bumiputera dan pembiayaan pengajian ke luar negara yang kini mencecah 5,178 di pelbagai negara luar.
“Persoalannya, apakah benar agenda Islam dan Melayu terancam dan terabai sebagaimana fitnah PAS dan Bersatu,” soal Asyraf yang juga pengerusi Mara.
Pada Mac lalu, Zahid berkata kementeriannya telah menerima tiga pusat tahfiz untuk turut menawarkan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dan jumlah itu akan ditambah kepada 10 menjelang akhir tahun ini.
Anwar ketika membentangkan peruntukan RM1.9 bilion untuk syiar Islam, mengumumkan pembinaan dua buah institusi pendidikan Islam yanng akan dibina dengan kos RM220 juta iaitu Kompleks Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol, Negeri Sembilan.
Sementara itu, sejumlah RM150 juta disediakan kepada Jakim untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan islam antaranya sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar dan sekolah tahfiz.
Anwar juga berkata Kerajaan Perpaduan memutuskan untuk mengembalikan semula geran bantuan sebanyak RM20,000 kepada semua Sekolah Agama Rakyat yang berdaftar di bawah Jakim.
Bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat dihentikan sejak 2003 ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Colombia usir Duta Israel
- “Perang mulut” antara Guan Eng dan Chow berterusan
- Cadangan guna dinar ‘dirujuk semula’- Anwar
- Majlis Keselamatan PBB tolak usul gencatan senjata di Gaza
- Polis siasat kenyataan hina agama Islam
- Peguam palsu menang 26 kes di mahkamah
- MOTR dedah kisah pengkhianatan
- Hamas keluar video tebusan wanita Perancis-Israel
- Sabri Yunus sekolahkan penceramah bebas media sosial
- Tuduhan nikah tidak sah, berzina terlalu berat – Sabri Yunus
- Jaja reda bercerai dengan pelawak dan penyampai radio
- Kalau bagus sangat, jangan masuk bertanding – Mas Idayu
- Jihan Muse dikecam permainkan nama Azmi Saat
- Sia-sia Ketereh bertekak
- GV10: Naqiu mohon maaf terlebih mesra dengan Misha Omar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET