PM ingatkan agensi jaga Bumiputera, fahami tujuan asal penubuhan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu semua agensi diberi amanah menjaga kepentingan Bumiputera supaya memahami tujuan asal penubuhannya.

Beliau berkata, ada agensi terbabit beroperasi hanya untuk faedah komersial selain tidak menguruskan dengan baik tanah serta saham khusus untuk golongan itu.

“Saya di antara orang yang cukup tegas dalam negara ini supaya memberi ruang kepada semua.



“Tetapi agensi diamanahkan menjaga kepentingan Bumiputera diberi tanah, diberi saham diberi kemudahan kerana tanggungjawab menjaga bumiputera kemudian urus dengan tidak baik,” katanya berucap pada majlis Pelancaran Unit Tambahan Dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

Anwar yang juga menteri kewangan turut mengumumkan terbitan 1 bilion unit tambahan kepada AHB yang secara langsung meningkatkan komitmen Pelaburan Hartanah Bhd (PHB).

“Ini lonjakan yang besar dengan peningkatan saiznya menjadi 5 bilion,” katanya yang turut meningkatkan had pelaburan kepada RM1 juta daripada RM500,000 untuk pelabur individu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS



PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10



Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker