KKM tidak teragak-agak ambil tindakan kes buli doktor
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak berkaitan sekiranya terdapat insiden buli dalam kalangan warga kerjanya, kata menterinya, Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata, KKM mengambil maklum tinjauan dibuat oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkenaan kes buli yang membabitkan pengamal perubatan sektor awam dan swasta di Malaysia.
Dr Zaliha berkata, KKM telah melaksanakan sistem MyHELP yang merupakan satu platform khas bagi melaporkan isu-isu buli yang berlaku di KKM.
“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua petugas kesihatan untuk melaporkan aduan mereka melalui sistem aduan tersebut yang sememangnya telus dan mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 15 Oktober lepas, kajian MMA yang dilaksanakan antara 15 September hingga 1 Oktober lepas mendapati 30 hingga 40 peratus doktor di negara ini menjadi mangsa buli.
Kajian turut mendapati mangsa buli tidak membuat aduan kerana takut atau tidak tahu bagaimana mengadu, malah tiada tindakan diambil terhadap kes yang merekodkan aduan.
Dr Zaliha berkata, Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) yang telah ditubuhkan sentiasa mengadakan libat urus dengan pihak KKM dalam memastikan kesihatan mental dan kebajikan warganya sentiasa terpelihara agar insiden seperti buli dapat ditangani.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Colombia usir Duta Israel
- “Perang mulut” antara Guan Eng dan Chow berterusan
- Cadangan guna dinar ‘dirujuk semula’- Anwar
- Majlis Keselamatan PBB tolak usul gencatan senjata di Gaza
- Polis siasat kenyataan hina agama Islam
- Peguam palsu menang 26 kes di mahkamah
- MOTR dedah kisah pengkhianatan
- Hamas keluar video tebusan wanita Perancis-Israel
- Sabri Yunus sekolahkan penceramah bebas media sosial
- Tuduhan nikah tidak sah, berzina terlalu berat – Sabri Yunus
- Jaja reda bercerai dengan pelawak dan penyampai radio
- Kalau bagus sangat, jangan masuk bertanding – Mas Idayu
- Jihan Muse dikecam permainkan nama Azmi Saat
- Sia-sia Ketereh bertekak
- GV10: Naqiu mohon maaf terlebih mesra dengan Misha Omar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.