Pelajar tingkatan lima jual air ketum dicekup

Pelajar tingkatan lima jual air ketum dicekup

BACHOK – Seorang pelajar tingkatan lima dicekup selepas didapati menyimpan stok air ketum sebanyak 7.5 liter bernilai RM150 untuk dijual di dalam sebuah stor di Kampung Telong di sini semalam.

Remaja lelaki itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang semasa polis menjalankan serbuan di depan sebuah rumah di kampung tersebut.



Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, semasa serbuan dijalankan, suspek cuba melarikan diri ke dalam sebuah stor sebelum ditahan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, remaja itu merupakan seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini.

“Pemeriksaan di dalam stor itu kemudiannya menjumpai 7.5 liter air ketum bernilai RM150 yang dipercayai untuk dijual.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tiada rekod lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Mohamad Ismail memberitahu, remaja tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di sini untuk tahanan reman dan siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. K Online

Pelajar tingkatan lima jual air ketum dicekup

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)



Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker