‘Abang Sado ATM dan Bomba’ antara yang ditunggu dalam perarakan Hari Kebangsaaan

Orang ramai yang hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 melahirkan rasa teruja bagi menyaksikan perarakan badan beruniform terutamanya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurut Azureena Mohd Sohi, 38, dia bersama anaknya amat menantikan persembahan dan perarakan daripada tiga cabang ketenteraan utama iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Saya datang seawal pukul 2 pagi tadi bersama tiga anak. Semua teruja untuk saksikan persembahan daripada ATM dan juga Abang Bomba



“Setiap tahun memang tak pernah lepas untuk tonton perarakan Hari Kebangsaan kerana ia sedikit sebanyak menyuntik semangat terutamanya kepada anak-anak,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Dataran Putrajaya hari ini.

Sementara itu, seorang pelajar universiti swasta, Nazatul Liza, 24, berkata, dia bersama rakan-rakan sekuliah tidak sabar untuk menyaksikan perarakan anggota badan beruniform dengan ditemani anjing K9.

“Tidak puas untuk hanya tonton di televisyen jadi kami ambil keputusan untuk turun ke dataran dan saksikan sendiri anjing-anjing comel yang mengikuti perarakan,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’.



Ini merupakan kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya iaitu sebelum ini pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Sejumlah 10 komponen kontinjen menyertai acara perbarisan dan perarakan pada hari ini iaitu Kenegaraan, Perpaduan Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif, Komuniti, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker