Pekerja ‘dimasak hidup-hidup’ kerana terjatuh dalam cecair keluli panas

Seorang lelaki ‘dimasak’ hidup-hidup selepas terjatuh ke dalam bekas mengandungi cecair keluli panas dalam satu kemalangan mengerikan di sebuah kilang keluli di Kazakhstan, lapor akhbar Daily Star semalam.

G K Yeskaliev, 50, merupakan seorang pekerja yang menjaga relau panas mendidih di kilang Zapchast di bandar Taraz.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia terjatuh ke dalam bekas besar yang mengandungi keluli cair di dalam relau panas.



Yeskaliev dilihat tersandung kaki ketika mencampurkan bahan itu menggunakan batang besi besar.

Takat lebur keluli karbon adalah sekitar 1,540 darjah Celsius manakala badan manusia hanya boleh menahan suhu panas kira-kira 40 darjah Celsius.

Yeskaliev dilaporkan tidak mempunyai peluang untuk terselamat dalam insiden itu, namun keadaannya tidak dijelaskan.

Beberapa laporan media tempatan menyebut dia membawa sebatang besi dan menggunakannya untuk menolak objek lain ke dalam relau, namun batang tersebut melantun kembali, menyebabkan Yeskaliev gagal mengimbangi badannya.



“Yeskaliev terjatuh ke dalam relau menggelegak dan seluruh badannya melecur,” kata satu laporan media.

Sementara itu, satu lagi laporan menyebut lelaki berkenaan cuba membaiki sesuatu di dalam relau tersebut menggunakan batang besi.

“Namun, mangsa tidak dapat menahan batang besi itu lalu terjatuh ke dalam relau yang mendidih,” kata laporan berkenaan.

Jabatan kecemasan wilayah Zhambyl mengesahkan insiden itu dan siasatan ke atas kemalangan tersebut sedang disiasat. – Agensi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker