Nelore baka lembu termahal di dunia

Nelore baka lembu termahal di dunia

BRASILIA: Seekor lembu baka Nelore berusia empat setengah tahun di Brazil ditawarkan kepada pembeli pada harga AS$4.3 juta (RM20.06 juta) sekaligus menjadikannya lembu paling mahal di dunia.

Satu pertiga daripada pemilikan lembu yang diberi nama Viatina-19 FIV Mara Imóveis baru-baru ini dijual di lelongan di Arandu dengan harga AS$1.44 juta (RM6.71 juta).



Harga yang diletakkan pada Viatina-19 FIV Mara Imóveis dianggap sebagai pencapaian baharu untuk baka Nelore yang sangat dihargai di seluruh dunia kerana kualiti dan ciri genetiknya yang luar biasa.

Lembu berbulu putih cerah dengan bonggol di atas bahu itu terkenal kerana daya tahan tinggi semulajadi terhadap cuaca panas berikutan kelenjar peluhnya yang dua kali lebih besar dan 30 peratus lebih banyak daripada kebanyakan baka Eropah.

Lembu Nelore yang dinamakan sempena daerah India Nellore di Andhra Pradesh, juga mempunyai metabolisme yang sangat cekap dan mampu membesar walaupun diberi makanan ternakan berkualiti rendah.



Lembu berkenaan juga sangat berdaya tahan terhadap beberapa jenis jangkitan parasit dan kulitnya yang keras lebih sukar untuk ditembusi oleh serangga penghisap darah.

Lembu betina Nelore dilaporkan mempunyai bukaan pelvis yang luas dan saluran kelahiran yang lebih besar daripada baka lembu lain menyebabkannya mudah membiak, malah anak lembunya mampu dilahirkan serta membesar tanpa memerlukan banyak bantuan daripada manusia.

Menurut laporan The Guardian, sperma daripada lembu jantan Nelore boleh mencecah AS$5,000 (RM23,332) bagi setiap dos berukuran 0.55 mililiter.

Terdapat sekitar 167 juta ekor lembu daripada baka asli atau kacukan Nelore di Brazil yang meliputi 80 peratus daripada jumlah keseluruhan sumber daging mentah di negara Amerika Selatan itu.



Nelore baka lembu termahal di dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM



Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?



Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker