Bapa Amar Baharin meninggal dunia

Bapa Amar Baharin meninggal dunia

Bapa Amar Baharin meninggal dunia
Allahyarham Mohd Baharin (duduk,tengah) meninggal dunia pada Khamis.

BAPA kepada pelakon Amar Baharin iaitu Mohd Baharin Amir meninggal dunia pada pagi Khamis.

Amar, 38, memaklumkan pemergian Allahyarham menerusi Instagram miliknya namun tidak dinyatakan punca kematian bapanya.

Pelakon itu menerusi hantaran berkenaan turut memohon semua yang mengenali bapanya agar mengampunkan segala dosanya.

“Assalamualaikum. Saya Amar ingin memaklumkan pada semua yang mengenali ayah saya Mohd Baharin Amir, ayah saya telah meninggal dunia.

“Mohon doakan arwah semoga Allah ampunkan segala dosa-dosanya dan andai ada dosa arwah sesama kalian, mohon diampunkan sepanjang arwah hidup di dunia ini.

“Dan Andai ada kata ada pahala dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran anda semua, mohon disedekahkan kepada arwah,” katanya.

Sementara itu, Amar memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid Sungai Sekamat Kajang untuk diuruskan sekitar pukul 9 pagi sebelum dikebumikan.


Baca Artikel Menarik:

Hannah Delisha posing mendada

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker