Ani Maiyuni pun kena tempias
Kecewa penyanyi dangdut tidak diberi peluang adakan konsert besar
Ani Maiyuni pun kena tempias
PENYANYI Ani Maiyuni mengakui turut terkena tempias kecaman apabila ada segelintir rakan artis dangdut dikatakan sengaja mencipta sensasi untuk meraih perhatian.
Menurut Ani atau Aishah An Nur Osman, 45, disebabkan perkara negatif itu ramai yang memperlekehkan perjuangan rakan-rakan artis lain yang mahu mencari makan dalam industri muzik.
Dalam hal ini, Ani menasihati mereka supaya lebih peka dalam memuat naik kandungan di media sosial dan menggunakan platform itu untuk menyebarkan nilai positif.
“Segelintir artis dangdut yang suka buat content mengundang kecaman kemudian dakwa diri sebagai mangsa… yang salah itu sebenarnya pada diri individu tersebut.
“Ia memberi impak kepada artis dangdut lain sehingga ada yang bertanya untuk meminta komen. Tolonglah buat content yang boleh memberi kebaikan kepada orang.
Baca Artikel Menarik:
- Bella Astillah mahu jadi ‘penyondol’
- Zizie Izette payung gambar selepas ‘Workout’, boleh buat Bung Moktar tak keruan
Anak Sulung Harris Annuar & Asha Merican, Aura Medina Namanya
“Bagi saya tak perlu buat content sebegitu di media sosial. Saya tidak perlukan semua itu kerana saya ‘jual’ kerjaya,” katanya kepada mStar.
Ani ditemui ketika sidang media Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang berlangsung di Petaling Jaya pada Isnin.
Bercakap mengenai sambutan terhadap lagu-lagu genre dangdut, Ani meluahkan rasa kecewa apabila tidak diberikan peluang mengadakan acara besar seperti konsert dan sebagainya.
Sedangkan penyanyi dangdut di Malaysia tak menang tangan menerima tawaran nyanyian.
“Kami sesama rakan artis ada pernah juga mengeluh kerana kurang mendapat ruang seperti konsert, program televisyen dan juga radio.
Baca Artikel Menarik:
Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah
“Sedangkan show kami non-stop. Malah seminggu ada tiga atau empat show sehingga terpaksa tolak dan berikan kepada orang lain.
Bagi saya tak perlu buat content sebegitu di media sosial. Saya tidak perlukan semua itu kerana saya ‘jual’ kerjaya – ANI MAYUNI
PENYANYI
“Mestilah rasa terkilan kerana lagu dangdut masih ada permintaan tetapi tiada ruang buat kami,” ujarnya.
Justeru itu, penyanyi lagu Sedap ini mengharapkan konsert yang bakal berlangsung pada 12 Ogos nanti menjadi permulaan terbaik buat genre dangdut terus mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan.
“Sebenarnya ramai yang bertanya bila kami (penyanyi dangdut) nak bergabung untuk buat konsert secara besar-besaran. Rasanya sudah lama tidak ada konsert dangdut di Malaysia.
“Saya melihat konsert akan datang ini menjadi permulaan untuk lebih banyak acara besar melibatkan penyanyi dangdut,” jelasnya.
Selain Ani, konsert tersebut turut menampilkan Baby Shima bersama gabungan empat penyanyi dari Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesti Klepek Klepek dan Rhena Morena.
Acara tersebut bakal berlangsung di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara dan tiket sudah mula dijual di www.ticket2u.com.
Ani Maiyuni pun kena tempias
Baca Artikel Menarik:
- Empat lelaki terlibat kes curi lembu ditahan
- Minta tolong pun berkira, lelaki bunuh saudara isteri
- Gambar Elon Musk menari dengan ‘robot isteri’ palsu
- Anak Sulung Harris Annuar & Asha Merican, Aura Medina Namanya
- Amelia Christie rangkul lengan sasa Sharnaaz Ahmad
- MB Perak jawab esok dakwaan hilang sokongan ADUN
Anak Che Ta, Aaisyah Dhia Rana selamat jalani pembedahan Supernumerary
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.