Pelakon Filem Sensasi Kini Mahu Istiqamah Berhijab Buat Kali Kedua

“Sampai ‘Menutup Mata’…”

Pelakon Filem Sensasi Kini Mahu Istiqamah Berhijab Buat Kali Kedua

Pelakon Filem Sensasi Kini Mahu Istiqamah Berhijab Buat Kali Kedua
Vitalia Sesha

Nama Vitalia Sesha suatu ketika dahulu cukup sinonim dengan penampilan seksi dan berani di samping terkait dengan pelbagai skandal. Namun siapa sangka, selebriti Indonesia berusia 39 tahun itu, kini memilih untuk kembali mengenakan hijab.

Dalam nada yang penuh keinsafan, dia berkongsi detik hidayah yang datang tanpa diduga. Menurutnya penghijrahan ini bermula dengan niat untuk tampil lebih sopan, tanpa sebarang perancangan besar.

“Saya tak pernah fikir pun nak berhijab balik. Tapi entah macam mana, hati ni rasa tersentuh. Mungkin daripada mimpi, mungkin sebab zikir dan selawat. Saya sendiri pun tak tahu datangnya dari mana. Tiba-tiba hati ini tergerak,” kongsinya jujur seperti dilaporkan media tempatan Indonesia.

Tambahnya lagi, selepas menyuarakan hasrat untuk berpakaian lebih sopan, dia menerima mimpi yang menyentuh hati. Bahkan, kandungan aplikasi TikTok yang selalu dipenuhi dengan konten hiburan, tiba-tiba memaparkan video-video keagamaan seolah-olah memberi isyarat kepadanya.

Pelakon Filem Sensasi Kini Mahu Istiqamah Berhijab Buat Kali Kedua

“Mula-mula mimpi tu sedih, lepas tu jadi indah sangat. Saya buka TikTok, tiba-tiba keluar video agama, tentang aurat, tentang nasihat hidup. Saya rasa malu bila tengok video menari saya sendiri… rasa macam, ‘Ini ke yang aku nak tunjuk?’ Hati saya terus rasa berat,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Seiring dengan imej barunya, semua video tarian dan gambar seksi di Instagram serta TikTok terus dipadam. Langkah pertama yang besar dimulakan apabila dia mengenakan semula hijab dan berniat untuk terus istiqamah hingga ke akhir hayat.

“Bismillah… saya niat nak berhijab sampai saya menutup mata. Saya minta doa agar saya terus kuat,” luahnya penuh harapan.

Untuk rekod, Vitalia Sesha pernah mengenakan hijab suatu ketika dahulu, namun sekitar 2017 dia mengambil keputusan untuk menanggalkannya sebelum kembali berhijab kini.

Sekadar info, antara filem lakonannya adalah Hantu Merah Casablanca (2014), Dimsum Martabak (2018) dan terbaharu, InsyaAllah Berkah yang disiarkan pada Mei tahun ini. Selain itu dia turut berlakon beberapa siri sinetron seperti Jagoan Silat, Hidayah Cinema & Raden Kian Santang

Pelakon Filem Sensasi Kini Mahu Istiqamah Berhijab Buat Kali Kedua


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker