Ancaman serantau- bajet tinggi ketenteraan satu keperluan

Ancaman keselamatan serantau – Bajet tinggi ketenteraan satu keperluan

Perdana Menteri Satuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja umum bajet perbelanjaan negara untuk tahun 2025.

Boleh dikatakan bajet untuk tahun 2025 sebanyak RM421 billion satu perbelanjaan tertinggi dalam sejarah negara semenjak negara mencapai kemerdekaan.⁹



Namun dengan pertambahan penduduk seramai hampir 33 juta rakyat ia satu jumlah yang boleh dikira sebagai jumlah yang. Munasabah.

Seperti biasa tiada bajet yang dianggap sempurna walau diumum oleh mana mana Perdana Menteri kerana akan ada sahaja pihak yang menyuarakan pendapat dan tidak berpuas hati.

Bajet kali ini untuk tahun pisikal 2025 banyak mengumumkan “goodies” untuk rakyat seperti kenaikan bantuan terus kepada saku dan akaun rakyat seperti STR dan lain lain .

Kaki tangan awam juga mendapat faedah yang agak memuaskan hati.



Hanya tidak ada pilihanraya sahaja akibatkan bajet 2025 tidak di gelar bajet pilihanraya.

Kali ini yang menarik perhatian adalah bajet dan peruntukan untuk pertahanan negara boleh dikira meningkat dan agak tinggi.

Sejumlah hampir RM19.7 bilion yang bertambah RM2 bilion agak tinggi sedikit dari tahun lalu, namun sebenar nya agak rendah berbanding negara jiran Singapura.



Singapura peruntukan sejumlah USD 15 billion untuk pertahanan dan ketenteraan mereka hanya untuk tahun 2024.sahaja.

Hampir satu setengah kaliganda dari Malaysia.

Walaupun diumumkan hampir RM20 bilion bajet pertahanan,namun boleh dikira sangat kecil jika diambil kira perlumbaan pemilikan senjata serantau.



Malaysia maeih struggle berbanding dengan pesaing darat kita ia itu negara Thailand yang peruntukan tentera tahun 2024 mereka yang berjumlah USD 5.5 bilion.

Mungkin dasar ketenteraan kita ada lah “defensive” dan tidak berniat “offensive” seperti Singapura yang miliki beberapa jumlah aset kenteraan yang bersifat “offensive”.

Pelik juga Singapura miliki kereta kebal yang agak “substantial” dan canggih kerana musuh darat mereka hanyalah Malaysia dan itu pun perlu melintas dua tambak Johor.

Malaysia juga perlu kekuatan pertahanan laut atas sebab ancaman laut dan pejagaan aset laut negara terutama nya zone ekonomi minyak negara.



Beberapa kali cubaan melintas dan menceroboh pernah dilakukan oleh negara China.

Ranking ketenteraan tahun 2024 menyaksikan Malaysia dikekudukan ke42 berbanding negara Indonesia dikedudukan ke13, Thailand ke25 dan Singapura ke30.

Namun Malaysia miliki strategi pertahanan negara tersendiri dan pertahanan yang unik didasarkan melalui geogrophy dan landskap negara ” anda boleh serang tapi tudak boleh takluk”.

Apapun jumlah peruntukan bajet pertahanan yang lojik dan munasabah telah dilaksanajan oleh kerajaan atas nasihat pakar pertahanan negara.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker