Ibu Aliff Syukri minta maaf, “Dia tak berbakat, suara tak sedap”

Ibu Aliff Syukri minta maaf, “Dia tak berbakat, suara tak sedap”

Ibu Aliff Syukri minta maaf, “Dia tak berbakat, suara tak sedap”
Ibu Aliff mohon maaf kepada netizen.

TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri yang sekali lagi melancarkan lagu raya mendapat reaksi ibunya sendiri iaitu Rozita Ibrahim.

Rozita, 59, mengakui anak lelakinya itu tidak berbakat, malah mereka sekeluarga sudah lali dengan perangai Aliff.

Kata Rozita, dia sendiri tidak tahu di mana datangnya keyakinan diri Aliff sehingga mengalahkan penyanyi berbakat sedia ada.

Ibu Aliff Syukri minta maaf, “Dia tak berbakat, suara tak sedap”
Aliff sekali lagi mendapat perhatian netizen.

“Saya rasa semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum, setiap kali raya mesti dia (Aliff) buat lagu. Kami pun dah kebal dengan perangai dia.

“Kebaikan dia ialah, dia memang tak berbakat pun, suara dia memang tak sedap tetapi kerana dia punya keyakinan diri tu, dia dapat dekat mana tak tahu. Boleh mengalahkan artis yang betul-betul berbakat,” katanya.

Rozita berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Rozita memberitahu dia sudah memarahi Aliff dan menunjukkan bukti video bersama usahawan kontroversi itu.

Menerusi video berkenaan, Aliff secara berseloroh memaklumkan bahawa dia terlalu banyak menerima tawaran menyanyi sehingga terpaksa menolak.


Baca Artikel Menarik:

Tambah Rozita lagi, hanya mereka sekeluarga yang memahami perangai Aliff dan mewakili anaknya memohon maaf kepada netizen.

“Jangan ingat saya tak marah dia ya. Saya marah. Kami faham, orang luar tak faham.

“Maafkan anak saya netizen. Semoga Allah jaga Aliff, Ida (isteri Aliff) dan anak-anak,” ujarnya.

 

Ibu Aliff Syukri minta maaf, “Dia tak berbakat, suara tak sedap”
Lagu raya terbaharu Aliff terima kecaman ramai.

Pada 30 Mac, Aliff melancarkan teaser lagu raya yang berjudul Cak Cun Cak Raya dan mendapat kecaman orang ramai termasuk baju sut ketat yang dipakai menyerupai sut menyelam selain aksi lincah bersama penari latar yang dikatakan tidak sesuai.

Video teaser itu turut mendapat teguran daripada pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Aliff yang dikatakan tidak menghormati bulan Ramadan.

Ibu Aliff Syukri minta maaf, “Dia tak berbakat, suara tak sedap”

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker