Pastikan Israel bertanggungjawab atas serangan Masjid Al-Aqsa – Anwar

Pastikan Israel bertanggungjawab atas serangan Masjid Al-Aqsa – Anwar

Anwar Ibrahim menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa memastikan rejim Israel bertanggungjawab atas serbuan di kompleks Masjid Al-Aqsa, Rabu lepas, yang menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera.

Menyifatkan serangan itu sebagai jenayah keji, perdana menteri juga mendesak agar semua rakyat Palestin yang ditahan semasa serbuan tersebut dibebaskan segera.



Anwar berkata, masyarakat antarabangsa mesti menuntut rejim Israel menghentikan serta-merta sebarang tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan.

“Malaysia terus berdiri dalam solidariti yang kuat dengan rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam,” katanya di Twitter.

Tentera Israel pada Rabu menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki untuk malam kedua berturut-turut, dan menyerang jemaah Palestin.

Menurut laporan media, tentera Israel menyerbu Dewan Solat Al-Qibli di kompleks Masjid Al-Aqsa selepas solat tarawih, melepaskan bom pegun, memukul jemaah Palestin, dan menahan kira-kira 350 orang.



Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin, polis Israel mula membebaskan tahanan dengan syarat mereka dipindahkan dari Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama Baitulmaqdis selama seminggu.

Al-Aqsa merupakan tanah suci ketiga bagi umat Islam.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, di mana terletaknya Al-Aqsa, semasa Perang Arab-Israel 1967. Ia menggabungkan seluruh bandar itu pada 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa. FMT

Pastikan Israel bertanggungjawab atas serangan Masjid Al-Aqsa – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker