Berkuatkuasa serta merta, Pengerusi Bernama SAH letak jawatan

Hanya selepas kira-kira lima bulan, bekas ketua pengarang Astro Awani, Suhaimi Sulaiman, meletakkan jawatannya sebagai ketua pengerusi Lembaga Pengelola Bernama.

Menurut Suhaimi, surat peletakan jawatan itu dihantar kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah, hari ini.

Menurut laporan Bernama peletakan jawatan Suhaimi itu berkuat kuasa serta-merta.

“Ya, saya sudah menghantar surat peletakan tersebut.

“Namun ia terpulang kepada keputusan lembaga pengelola dan juga menteri,” katanya seperti dipetik Bernama.

Sebelum menjadi ketua pengarang di Astro Suhaimi merupakan personaliti terkenal di stesen TV3 sama ada sebagai pembaca berita atau pengacara.

Dia dilantik menyertai Bernama sejurus selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional. Pelantikan tersebut sepatutnya berlangsung selama satu tahun.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker