SPRM mesti segera siasat Mahathir

SPRM mesti segera siasat Mahathir

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, pernyataan pembelaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang mengaitkan Dr Mahathir dengan kontrak gentian optik Telekom Malaysia Berhad kepada Opcom Sdn Bhd bernilai RM214.2 juta pada 2003 adalah amat serius.

Mohd Puad menambah, ketika itu, Dr Mahathir adalah Perdana Menteri manakala Opcom dikaitkan dengan anaknya, Datuk Seri Mukhriz selaku pengarah syarikat.

“Anwar juga buat pernyataan, Tun Mahathir mendesak untuk bailout syarikat perkapalan milik anaknya. Datuk Seri Najib Razak pernah mendedahkan kepincangan ini,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Puad memberitahu, rakyat sudah bosan dengan hipokrasi Dr Mahathir yang didakwa bersikap zalim terhadap orang lain serta merasakan dirinya kebal.

“Keberanian Anwar boleh menamatkan ego bapa kroni negara,” dakwanya.

Semalam, Anwar mendakwa Telekom Malaysia mengeluarkan surat kepada Kementerian Kewangan pada 15 September 2003 untuk meminta kebenaran mengadakan rundingan terus dengan Opcom bagi projek tersebut.

Ketika itu, Dr Mahathir turut memegang jawatan Menteri Kewangan.

Menerusi pembelaan terhadap saman difailkan Dr Mahathir, Anwar berkata, Telekom Malaysia adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mana Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) memegang satu saham khas yang memberikan MKD kuasa untuk menolak keputusan lembaga dan pemegang saham lain.

Beliau berkata, MKD pada masa itu berada di bawah kawalan dan arahan Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Tuntutan saman difailkan Dr Mahathir di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui firma guaman, Tetuan Law Practice of Rafique pada 3 Mac lalu dengan menamakan Anwar sebagai defendan tunggal.

Dr Mahathir mengemukakan saman fitnah itu dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan Perdana Menteri di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: ‘Pelaksanaan Sebuah Idealisme’ pada Mac lalu.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, kenyataan Anwar dalam ucapannya pada kongres itu membawa maksud beliau membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya. MG

SPRM mesti segera siasat Mahathir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker