Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad melabelkan UMNO dengan pelbagai gelaran dan penghinaan didakwa dilakukan dengan satu motif jelas iaitu menutup kegagalan ketara beliau dalam mewujudkan alternatif kepada parti politik itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendakwa, kenyataan terbaru bekas Perdana Menteri itu mengenai UMNO menunjukkan bahawa beliau terus dihantui UMNO pada setiap saat dan ketika.

Bahkan dakwanya, tindakan itu jelas bahawa Dr Mahathir sebenarnya tidak pernah ‘move on’ daripada UMNO.



“UMNO telah ‘moved on’. Dari masa silam, dari Tun dan dari kegagalan kami sebelum ini. Kami sedang mengorak langkah menjadi ketumbukan yang bersedia meneroka potensi untuk kembali menjadi kerajaan pada PRU15.

“Sekiranya Tun memilih untuk terus mengambil tahu dan kisah tentang UMNO, kami tidak boleh menghalang ingatan dan sentimentalisme UMNO yang masih menebal dalam hati Tun,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook milkinya, hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Khaled bagaimanapun mengakui bahawa pemimpin UMNO bukan maksum.

“Kami banyak kelemahan. Saya sedar dan akuinya. Kami tidak akan menafikan hakikat atau bersikap apologetik. Ada yang sohor, ada yang khilaf. Namun masa beredar, zaman berubah dan pemimpin juga begitu.



“Tetapi UMNO tetap lestari kerana orang Melayu menghargai bahawa adalah tidak adil disebabkan beberapa orang pemimpin parti terpalit kontroversi, maka segala-galanya tentang UMNO itu korup dan keji,” katanya.

Selain itu, Mohamed Khaled mengingatkan Dr Mahathir, bahawa ahli UMNO tetap memilih untuk setia dengan parti dan perjuangan nasionalisme Melayu serta modernisme Malaysia.

“Kami sedar, hujan panas permainan hari. Susah senang permainan hidup. Apatah lagi parti besar seperti UMNO, pasti ada pancaroba dan turun naiknya,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa pucuk pimpinan UMNO kini terkenal di seluruh negara kerana terbabit dengan rasuah dan UMNO terpalit dengan kes kecurian berbilion ringgit wang negara, salah guna kuasa, merosakkan pentadbiran kerajaan dan menghancurkan parti itu sendiri.



Justeru, beliau menggesa supaya UMNO ditolak sepenuhnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy



Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker