Akibat cuaca panas, pemuda hampir dipatuk ular dalam tandas

Tangkap layar video mengenai lubang yang dipercayai dimasuki ular senduk di sebuah kediaman seorang pengguna media sosial.

Seorang pemuda nyaris dipatuk ular senduk di tandas kediaman keluarganya ketika ingin masuk tandas berkenaan dalam kejadian dipercayai semalam.

Menerusi perkongsian Fizelmi Enterprise di akaun TikTok miliknya berkata, dia bernasib baik kerana menyedari kehadiran ular tersebut lebih awal.

“Mujur saya sedar dan sempat menarik kaki keluar dari tandas dan segera menutup pintu.

“Sekiranya terleka, sudah pasti saya sudah terpijak dan dipatuk,” katanya.

Tambahnya, dia segera menghubungi pihak bomba untuk menangkap ular berkenaan.

“Pihak bomba dihubungi dan ular tersebut berjaya ditangkap dengan selamat,” katanya.

Fizelmi dalam perkongsiannya menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan kehadiran reptilia berbahaya ini di rumah.

“Mohon tindih semua penutup lubang air dengan objek berat dengan segera untuk menghalang ‘tetamu’ tidak diundang terutamanya di musim panas,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi pengalaman serupa.

“Saya dulu tengah mengandung duduk basuh baju pakai tangan tiba-tiba terdengar bunyi mendesis. Toleh saja tengok anak ular tedung hitam dekat sebelah saya,” kata Mekja.

“Dalam salur air rumah saya siap ada kulit ular tertinggal,” ujar Muzana Mohamed.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 100,000 tontonan dan 1,316 tanda suka.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker