Najib dihukum penjara 12 tahun kerana sedekahkan RM42 juta
Semoga permohonan semakan semula kehakiman Najib akan diluluskan pada 31 Mac 2023 sempena bulan Ramadhan yang mulia
Oleh Norzahira
RAKYAT tahu Datuk Seri Najib Tun Razak dinafikan perbicaraan yang adil apabila beliau dipenjarakan 12 tahun. Mungkin ramai yang masih kurang faham kenapa beliau dipenjarakan.
Apa yang dilaporkan oleh media massa hanyalah menggambarkan nasib Najib sebagai jatuh dari puncak kuasa dan terus ke penjara apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC).
Sebenarnya Najib didakwa telah salah gunakan kuasa semata-mata kerana menghadiri satu mesyuarat kabinet pada tahun 2011 yang meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC untuk meminjam wang. Bukan Najib yang mengesyorkan atau menaikkan kertas kabinet tersebut.
Seterusnya, Najib dituduh mengubah wang haram sebab menerima dan menggunakan dana RM42 juta milik SRC pada akhir tahun 2014 dan permulaan tahun 2015 iaitu 4 1/2 tahun selepas dia dikatakan salah guna kuasa sebab hadir pada mesyuarat kabinet tersebut, biarpun Najib tidak pernah mengarahkan atau meminta dana tersebut.
Dana RM42 juta tersebut bukan diterima terus dari SRC.
SRC telah meluluskan dana tersebut untuk dibayar melalui anak syarikatnya Gandingan Menteri kepada syarikat Ihsan Perdana untuk kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan sedekah.
Ihsan Perdana merupakan syarikat yang telah dilantik oleh SRC untuk mengendalikan program CSR bagi SRC. Ihsan Perdana yang masukkan dana RM42 juta daripada dana yang mereka terima dari SRC untuk kerja CSR ke dalam akaun Najib tanpa pengetahuan Najib.
Mahkamah telah diberitahu bahawa Raja Arab Saudi pernah berjanji memberi dana yang sangat besar kepada Najib. Malah pegawai bank serta SPRM telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya RM642 juta telah diterima dari Arab Saudi termasuk pindaan terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi. Kesemuanya juga digunakan oleh Najib untuk kerja-kerja CSR, bukan untuk peribadi.
Seterusnya Najib telah sedekahkan juga RM42 juta yang diterima dari Ihsan Perdana (bukan untuk kegunaan peribadi) sebab fikir ianya adalah baki daripada derma yang dia terima dari Arab Saudi.
Ironinya Hakim Nazlan berkata RM42 juta itu bukan hak Najib untuk sedekah.
“Bukan sesuatu yang mulia dengan menyumbang apa yang bukan milik kita,” kata Nazlan dalam kehakiman setebal 536 muka surat dia.
Kesimpulannya, Najib dihukum penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta (iaitu RM5 denda bagi setiap RM1) sebab dia sedekahkan RM42 juta yang memang sudah dikhususkan, diluluskan dan dibayar untuk tujuan sedekah biarpun dia juga pernah sedekahkan sekurang-kurangnya RM642 juta dari Arab Saudi yang dia sebenarnya boleh guna sesuka hatinya.
Najib menjadi mangsa pendakwaan politik musuh-musuh beliau yang cuba menamatkan karier “bossku” memandangkan gelombang sokongan rakyat terhadap Najib tidak mampu disekat dengan cara yang sah.
Mahathir, Muhyiddin dan Ismail Sabri dilihat bersekongkol dengan musuh Najib yang lain untuk menamatkan karier politik beliau dengan berganding bahu mencipta pendakwaan dan kes yang tidak masuk akal. Akhirnya Najib menjadi mangsa penganiayaan mereka sehingga dipenjarakan.
Kini beliau perlu diberikan perbicaraan yang adil. Semoga permohonan semakan semula kehakiman Najib akan diluluskan pada 31 Mac 2023 sempena bulan Ramadhan yang mulia. Aaaminn.
You must be logged in to post a comment.