Pemandu rempuh penguatkuasa, terpaksa berpaut 6 km pada cermin kereta [VIDEO]

Pegawai tersebut terpaksa berpaut pada cermin hadapan kereta. – Instagram

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pemandu merempuh anggota agensi pengangkutan jalan sehingga menyebabkan mangsa terpaksa berpaut pada cermin hadapan kereta sejauh 6 kilometer, lapor program berita Liputan6.

Dalam kejadian pada 3 Januari lalu, pemandu berkenaan pada awalnya diarah keluar daripada kenderaannya oleh beberapa petugas agensi pengangkutan di Jakarta.

Pemandu Toyota Avanza itu merakam detik beberapa anggota meminta dia keluar dan mengetuk cermin kenderaannya.

Namun, dia enggan mematuhi arahan mereka, sebaliknya membuat isyarat lucah kepada kakitangan awam tersebut.



Pemandu  kemudian memecut, menyebabkan seorang petugas terpaksa berpaut pada cermin  hadapan kenderaan tersebut.

Rakaman menunjukkan kenderaan itu dipandu laju dan terhuyung-hayang sehingga menyebabkan petugas berkenaan nyaris  terjatuh.

Ketua Badan Pengangkutan DKI Jakarta, Syafrin Liputo berkata, salah seorang petugas agensi pengangkutan cuba menghentikan kenderaan itu, namun gagal.

Menurutnya, kenderaan tersebut juga merempuh sebuah motosikal dan meneruskan perjalanannya sambil dikejar oleh beberapa pemandu lain.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing



Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)



Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker