Bursa Malaysia positif melonjak 17.91 mata

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti pembelian dan prestasi serantau yang lebih baik baik, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 17.91 mata kepada 1,435.17 daripada 1,417.26 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu yang dibuka tinggi 2.07 mata kepada 1,419.33, bergerak antara 1,419.33 dan 1,435.89 sepanjang hari.



Suasana pasaran keseluruhan adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 585 berbanding 332, manakala 450 kaunter tidak berubah, 959 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.39 bilion unit bernilai RM2.02 bilion daripada 2.88 bilion unit bernilai RM1.78 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks utama serantau kebanyakannya bergerak lebih tinggi, mengambil petunjuk daripada keyakinan terhadap Wall Street selepas pegawai Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) meminimumkan peluang kenaikan kadar untuk tahun ini, walaupun hasil perbendaharaan meningkat baru-baru ini.

“Indeks penanda aras ditutup secara mendadak lebih tinggi, sejajar dengan prestasi serantau yang kukuh, dan kami percaya bahawa dana asing kembali ke rantau ini.



“Namun, memandangkan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Israel, kami mengesyorkan pelabur untuk terus berwaspada kerana ini boleh menyebabkan kenaikan harga minyak mentah, yang berpotensi menyebabkan lonjakan inflasi dan kenaikan kadar,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, beliau menjangkakan FBM KLCI akan terus diniagakan dalam lingkungan 1,430 hingga 1,440 untuk baki minggu ini, dengan paras rintangan seterusnya pada 1,460 dan sokongan pada 1,415.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata prestasi FBM KLCI hari ini lebih baik kerana pelabur merasakan Fed akan menghentikan kenaikan kadar pada November, susulan hasil AS yang lebih tinggi dan syarat pinjaman bank yang lebih ketat akan membantu Fed meredakan inflasi.

Di dalam negara, pelabur mungkin merasakan beberapa pengagihan semula dalam dasar yang akan dibentangkan dalam belanjawan akan datang kerana kerajaan memotong subsidi untuk golongan kaya dan menyediakan pemberian wang tunai untuk golongan miskin, yang sepatutnya baik untuk ekonomi, katanya.



Pada penutup dagangan, saham wajaran tinggi Maybank meningkat sembilan sen kepada RM8.89, Public Bank naik 10 sen kepada RM4.13, CIMB menokok 13 sen kepada RM5.55, Petronas Chemicals naik 13 sen kepada RM7.30 dan Tenaga Nasional kekal pada RM9.97.

Saham aktif pula, Classita naik 1.5 sen kepada lapan sen, UEM Sunrise meningkat 6.5 sen kepada 87 sen, NETX Holdings menokok 2.5 sen kepada 19 sen dan Sarawak Consolidated mengukuh satu sen kepada 49.5 sen, manakala KNM Group susut 2.5 sen kepada 12 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 120.04 mata kepada 10,629.28, Indeks FBMT 100 menokok 116.31 mata kepada 10,294.54, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 95.84 mata kepada 10,887.370, Indeks FBM 70 meningkat 106.79 mata kepada 14,136.54 dan Indeks FBM ACE mengumpul 66.00 mata kepada 5,193.51.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan pulih 48.93 mata kepada 6,898.78, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 222.84 mata kepada 16,109.68, Indeks Tenaga naik 7.19 mata kepada 874.86 dan Indeks Perkhidmatan Produk Perindustrian meningkat 2.20 mata kepada 172.83.



Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.34 bilion unit bernilai RM1.77 bilion daripada 1.91 bilion unit bernilai RM1.51 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 363.63 juta unit bernilai RM52.36 juta berbanding 240.30 juta unit bernilai RM30.70 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 674.16 juta saham bernilai RM197.00 juta daripada 720.16 juta saham bernilai RM237.92 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 491.34 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (339.08 juta); pembinaan (165.14 juta); teknologi (106.88 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (73.70 juta); hartanah (364.62 juta); perladangan (44.82 juta); REIT (10.18 juta), dana tertutup (53,500); tenaga (530.09 juta); penjagaan kesihatan (73.15 juta); telekomunikasi dan media (24.29 juta); pengangkutan dan logistik (45.00 juta) dan utiliti (71.67 juta).



-BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker