Malaysia mohon tambahan 5,000 lagi kuota haji

Malaysia mohon tambahan 5,000 lagi kuota haji

Kerajaan membuat rayuan memohon tambahan 5,000 lagi kuota bagi jemaah Malaysia untuk menunaikan haji kepada kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata rayuan itu dikemukakan semasa menghadiri Persidangan Majlis Komuniti Islam Sedunia di Abu Dhabi minggu lalu.



“Kita buat rayuan sekali lagi kepada mereka (kerajaan Arab Saudi) bagi menambah kuota sebanyak 5,000 jemaah haji lagi untuk tahun ini. Kita telah berusaha mendapatkan tambahan kuota haji untuk jemaah Malaysia namun tidak dapat memberi jaminan sama ada akan diluluskan atau tidak oleh kerajaan Arab Saudi.

“Setakat ini kita belum terima sebarang jawapan tentang perkara itu lagi,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji seramai sejuta jemaah bagi tahun 2022 dengan 85% daripadanya merupakan jemaah dari luar.

Daripada jumlah itu, kuota haji Malaysia adalah sebanyak 14,306 orang berbanding 31,600 orang jemaah sebelum ini.



Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai kenyataan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mahu bertanding di Parlimen Bagan Serai dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Idris yang juga naib presiden PAS berkata, calon bertanding akan ditentukan parti peringkat pusat.

Katanya, parti peringkat cawangan boleh memberikan pandangan namun keputusan akhir ditentukan oleh pemimpin pusat.

Beliau berkata, pelbagai faktor akan dikaji termasuk sokongan pengundi terhadap parti dan calon serta beberapa aspek lain akan diambil kira sebagai rumusan yang akan diguna pakai dalam membuat keputusan mengenai calon yang sesuai.

Pada program di Bagan Serai baru-baru ini, Wan Ahmad Fayhsal menyatakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Bagan Serai dalam PRU15.



Menurutnya, Parlimen Bagan Serai antara kerusi yang berpotensi untuk beliau bertanding selain di Kelantan.

Beliau berkata, namun perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya. FMT

Malaysia mohon tambahan 5,000 lagi kuota haji


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker