Kompaun pertama di pusat penamaan Calon

Wartawan akhbar bahasa Mandarin, Weng Kian Yong, ditemubual pengamal media selepas dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar SOP di pusat penamaan calon (PPC) N44 Larkin, hari ini.

JOHOR BAHRU: Seorang wartawan menjadi individu pertama dikompaun RM1,000 di Pusat Penamaan Calon (PPC) N44 Larkin kerana melanggar prosedur standard (SOP).

Wartawan akhbar bahasa Mandarin, Weng Kian Yong, dikompaun kerana gagal memastikan penjarakan fizikal di majlis penanaman calon yang berlangsung di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru, di sini.

Berdasarkan surat kompaun dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), wartawan itu diberi tawaran kompaun bernilai RM1,000 kerana melakukan kesalahan berkenaan pada pukul 9 pagi.

“Saya hanya mendekati calon untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka seperti nama, gambar dan nombor telefon.



“Saya tidak sangka pula apa yang dilakukan itu merupakan satu kesalahan kerana hanya saya seorang yang dikenakan kompaun sedangkan pada waktu itu terdapat beberapa wartawan lain melakukan perkara sama,” katanya.

Seorang lagi wartawan portal Malaysia Gazette, Khairulanuar Yahaya, 47, turut dikenakan amaran oleh pegawai KKM bertugas.

Setakat 9 pagi tadi, enam calon dilihat tiba di PPC Dewan JKR Johor Bahru iaitu dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), PKR, Pejuang, MUDA dan seorang calon Bebas.

SPR dijangka mengumumkan senarai rasmi calon bertanding untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin selepas jam 11 pagi nanti.



Kompaun pertama di pusat penamaan Calon


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak



Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion

Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker