Segerakan PRU bukan kerana kepentingan Zahid – Shahril Hamdan

Segerakan PRU bukan kerana kepentingan Zahid – Shahril Hamdan

SUARA untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bukan kerana untuk menjaga kepentingan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.

Itu penegasan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan sekaligus menafikan tuduhan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap Ahmad Zahid.



Menurut Shahril, kelantangan Ahmad Zahid untuk menyegerakan PRU-15 adalah kerana atas pertimbangan strategik untuk parti dan negara.

Jelas beliau, Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) hanya mahu parti menang dan Malaysia mendapat manfaat daripada keadaan politik yang lebih stabil tanpa dibayangi persoalan bila PRU akan diadakan.

“Bila sahaja PRU berlangsung dan jika BN menang, apa yang cuba DS Sanusi katakan? Bahawa disebabkan BN menang, tiba-tiba hakim akan dipaksa tukar fikiran?

“Kalau itu tuduhannya, sebut sahaja tanpa berselindung kerana itu tuduhan amat berat bukan kepada Ahmad Zahid tetapi terhadap integriti hakim dan institusi kehakiman negara,” katanya dalam kenyataan.



Baca artikel berkaitan: Hadi tak mahu PRU-15 cepat takut hilang kerusi – Ahmad Zahid

Mengulas lanjut, Shahril berkata, kes mahkamah yang sedang dihadapi ketika ini masih akan berjalan walaupun PRU-15 diadakan lebih awal.

Tegasnya, perihal kes mahkamah tiada kena mengena dengan desakan untuk menyegerakan PRU memandangkan tiada jaminan BN akan menang.

“Suara yang menantikan PRU-15 dan manda baru ada dalam kalangan ahli parti dan rakyat. Mereka (rakyat) tiada kes mahkamah,” katanya. Utv



Segerakan PRU bukan kerana kepentingan Zahid – Shahril Hamdan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis



Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker