Kes tembakan di KLIA: Penembak melarikan diri ke utara

KUALA LUMPUR: Lelaki yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 di Sepang, dipercayai melarikan diri ke utara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan lanjut mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ.

Beliau berkata, identiti suspek sudah dikenal pasti dan operasi mengesannya sedang giat dijalankan.

“Siasatan lanjut mendapati suspek dipercayai melarikan diri ke utara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Hussein berkata, ketika kejadian, isteri suspek dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

“Suspek bertindak melepaskan dua das tembakan sebelum terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.

Beliau berkata, kejadian itu adalah bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti keganasan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker