Banjir di tiga negeri semakin buruk

Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding malam tadi.

Di KELANTAN jumlah mangsa banjir bertambah kepada 12,572 orang daripada 3,860 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 9,721 orang daripada 2,962 yang direkodkan malam tadi.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan, Machang dan Kota Bharu menjadi jajahan terbaru terjejas banjir selepas Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai serta kesemua mangsa sedang berlindung di 82 PPS di tujuh jajahan itu.

Enam PPS dibuka di Machang menempatkan 462 mangsa daripada 167 keluarga manakala sebuah PPS di Kota Bharu memberi perlindungan kepada 25 mangsa daripada tujuh keluarga.

Di Pasir Mas, 24 PPS beroperasi menempatkan 7,210 mangsa daripada 2,334 keluarga, 19 PPS di Tanah Merah (1,783 mangsa daripada 546 keluarga), dua PPS di Jeli (255 mangsa daripada 75 keluarga), lima PPS di Gua Musang (271 keluarga daripada 61 keluarga), 25 PPS di Kuala Krai (2,566 mangsa daripada 670 keluarga).

Banjir gelombang ketiga di TERENGGANU semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS di tujuh daerah terus meningkat kepada 8,808 orang daripada 2,402 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 5,170 orang daripada 1,382 keluarga malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), daerah Hulu Terengganu paling terjejas dengan 3,005 mangsa daripada 874 keluarga ditempatkan di 34 PPS, diikuti Dungun dengan 1,725 mangsa daripada 444 keluarga di 30 PPS.

Di Kemaman, 964 mangsa daripada 290 keluarga ditempatkan di 10 PPS, Besut, (1,609 mangsa daripada 364 keluarga) di 24 PPS, Setiu pula mencatatkan 1,432 mangsa daripada 410 keluarga berlindung di 30 PPS manakala di Marang 48 mangsa daripada 12 keluarga masih berada di dua PPS.

Kuala Nerus menjadi daerah terbaru dilanda banjir gelombang ketiga di negeri itu dengan 25 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke tiga PPS malam tadi.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 700 orang daripada 171 keluarga yang ditempatkan di 15 PPS pagi ini berbanding 600 mangsa banjir daripada 141 keluarga di 13 PPS semalam.

Menurut Sekretariat JPBN Pahang, 10 PPS kini beroperasi di Raub bagi menempatkan 465 mangsa daripada 119 keluarga manakala 235 individu daripada 52 keluarga berlindung di lima PPS di Lipis.

Menurut publicinfobanjir.water.gov.my paras air di lima stesen sudah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tembeling di Kampung Bantai Seberang (Jerantut), Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini (Pekan), Sungai Luit di Kampung Subuh (Maran), Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia dan Sungai Pukin di Rompin.

– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker