49 pelajar SJKC, SMJKC Convent Dato Keramat keracunan makanan

GEORGE TOWN – Seramai 49 pelajar iaitu 21 murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Convent Dato Keramat dan 28 pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Convent Dato Keramat mengalami gejala keracunan makanan.

Pengerusi Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut telah menerima dua notifikasi kes keracunan makanan daripada Hospital swasta di Pulau Pinang melibatkan pelajar sekolah berkenaan semalam.

“Siasatan telah dilakukan ke atas dua kes terbabit dan mendapati pelajar di kedua-dua sekolah SJKC dan SMJKC menggunakan kantin yang sama. Jumlah terdedah seramai 903 orang dan jumlah yang mengalami gejala keracunan makanan adalah seramai 49 orang iaitu 21 kes dari SJKC dan 28 kes dari SMJKC,” katanya di sini, hari ini.



Menurutnya, punca keracunan disyaki berpunca daripada nasi lemak namun ia masih dalam siasatan dan terdapat tiga kes dimasukkan ke hospital dan telah discaj dari hospital semalam

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker