Vaksin AstraZeneca dipercayai mampu cegah varian baharu COVID-19

VAKSIN COVID-19 keluaran AstraZeneca seharusnya efektif dalam mencegah varian baharu COVID-19.

Syarikat ubatan itu memberitahu Reuters, kajian masih dijalankan bagi memahami sepenuhnya impak mutasi tersebut.

Jelas wakil AstraZeneca yang dipetik Reuters, struktur protein virus COVID-19 tidak berubah dengan varian baharu itu.

Jelasnya, melalui vaksin tersebut, sistem imun manusia akan dilatih untuk mengenal pasti beberapa bahagian protein dalam virus itu.

Menurutnya, virus berkenaan akan dihapuskan walaupun sudah terdedah dan berubah.

Pembuat vaksin kini berlumba-lumba untuk menguji vaksin masing masing terhadap varian baharu itu yang dikesan di UK, dan dilaporkan 70 peratus lebih mudah dijangkiti.

Vaksin buatan AstraZeneca dijangka diluluskan di India untuk tujuan kecemasan pada minggu hadapan. Reuters

Apa yang kita tahu varian baharu COVID-19 yang ditemui di Britain?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker