Elak Kaitan Dengan Ayam Belanda Turki, AS Akan Guna Nama Turkiye

Elak Kaitan Dengan Ayam Belanda Turki, AS Akan Guna Nama Turkiye

ISTANBUL – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menyatakan ia tidak lagi akan menulis perkataan Turkey (Turki) dan sebaliknya memanggil negara itu sebagai Türkiye, lapor portal berita Indian Express pada Khamis.

Dalam satu kenyataan jabatan itu menulis mengenai tindakan bersama antara AS dan Turkiye dan tidak lagi menggunakan perkataan Turkey.

“Kedutaan Turki memang meminta kami menggunakan ejaan ini (Turkiye) dalam komunikasi,” kata jurucakap jabatan tersebut, Ned Price.

“Jabatan akan menggunakan ejaan yang anda lihat hari ini (semalam) dalam kebanyakan konteks diplomatik dan dua hala rasmi kami termasuk dalam komunikasi awam,” katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkataan Turkey tidak dilarang apabila untuk memajukan pemahaman umum yang lebih luas kerana ia difahami secara meluas oleh orang ramai di AS.

Sebelum ini, Pentagon telah menulis perkataan Turkiye sejak satu kenyataan dikeluarkan pada Ogos lalu mengenai panggilan antara ketua-ketua pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan kadang-kadang, Jabatan Negara AS menggunakan ejaan itu di media sosial.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada tahun 2021 mengarahkan penggunaan perkataan Turkiye secara konsisten.

Menurut portal The Guardian, penduduk Turki telah lama kecewa dengan kartun dan rujukan lain yang mengaitkan nama negara mereka dalam bahasa Inggeris dengan ayam belanda (Turkey). – Agensi

Elak Kaitan Dengan Ayam Belanda Turki, AS Akan Guna Nama Turkiye

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker