Menteri KDN akan pastikan kapal peronda OPV 1 siap Mac 2023

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan Projek pembinaan Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu disiap pada Mac tahun ini seperti yang ditetapkan dalam komitmen asal.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau dan timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengikuti perkembangan projek tersebut secara dekat untuk memastikan pembinaan kapal berkenaan siap dalam masa yang ditetapkan.

“Namun, jujurnya saya fikir mereka masih perlukan tempoh lagi selepas Mac (tarikh sepatutnya siap kapal OPV 1), (tetapi) tidak lama, tahun ini perlu ada.

“Saya menyebut dengan jelas pendirian kerajaan supaya tarikh serahan ini tidak diubah atau dilanjut pada tempoh yang panjang atas alasan yang kita tidak boleh kompromi,” katanya kepada media selepas meninjau pembinaan kapal OPV 1 di Pulau Indahi, hari ini.

Media melaporkan kerajaan menyuntik pinjaman berjumlah RM152.6 juta untuk memastikan projek kapal OPV 1 milik APMM disiapkan pada tahun ini dan projek itu kini diambil alih Kementerian Kewangan.

Justeru, Saifuddin berkata peruntukan tambahan tersebut diharap dapat membantu untuk menyiapkan projek tersebut dalam masa yang ditetapkan

“Semua komponen utama sudah (dipasang), akan ada bot pengiring sampai. Semuanya tersangkut kerana aspek bayaran.

“Tapi dengan suntikan baharu, saya harap aspek itu tidak menjadi masalah,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin turut memaklumkan pembinaan kapal OPV 2 dijangka siap pada Oktober depan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker